30.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nabila Razali Gembira Dikenali Sebagai ‘Mek Nab’, Suami Memberikan Nasihat Untuk Tetap Autentik

    Shopee Sale



    Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali berkongsi pengalaman pertama kali beraya di Kelantan iaitu kampung suaminya, Nik Iruwan Nik Izani.

    Artikel berkaitan: Nabila Razali Gementar Beraya Di Kampung Suami, Dah ‘Ready’ Bila Ditanya Soal Zuriat

    Artikel berkaitan: Suami Nabila Razali Tak Cerewet Makan, Bersahur Hanya Dengan Kurma

    Diterima baik keluarga di Kelantan

    Menerusi perkongsian di TikTok Nona, pelantun lagu Raya Mana ini akui gementar namun dia bersyukur diterima baik oleh keluarga di Kelantan.

    Seperti yang semua orang tengok di media sosial, tahun ni saya beraya di Kelantan.

    Bila sampai (Kelantan) terus dapat nama baru, Mek Nab. Orang-orang di Kelantan sangat peramah dan sambutan raya di sana sangat meriah.

    Saya mula-mula gementar nak masuk ke tempat orang sebab pertama kali beraya di Kelantan. Sebelum ni kalau ke sana untuk bercuti dan food hunting tapi kali ni beraya dan berjumpa dengan saudara jauh belah suami.

    Saya rasa tidak menjadi satu kerisauan lagi untuk balik raya. Alhamdulillah diterima baik, insya-Allah.

    Dalam pada itu, Nabila memberitahu suaminya banyak memberi tunjuk ajar tentang cara hidup di Kelantan.

    Suami nasihat untuk jadi diri sendiri. Macam saya pun bila kita masuk tempat orang, kita sendiri kena pandai bawa diri.

    Alhamdulillah suami saya pun banyak ajar apa yang kena buat dan jangan buat di Kelantan. Orang-orang di sana sangat baik.

    Saya bersyukur sangat-sangat semuanya dipermudahkan untuk sambutan raya saya tahun ini.

    Untuk rekod, Nabila sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November tahun lalu.

    MENARIK:  Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026: Bintang Pickleball Dunia Gegar KL, Atlet Tempatan Sedia Tunjuk Taring

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah