Pelakon Nabila Huda tampil memberikan respon susulan isu yang membabitkan bapanya, legenda rock tanah air Amy Search, dan penyanyi terkenal, Shila Amzah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bukan Ella Atau Awie Tetapi Bapa Nabila Huda’ – Shila Amzah
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Dakwa Diserang? – ‘Seorang Yang Berpengalaman Bertindak Tidak Profesional’
‘Saya kenal dia, Dia bukan macam tu’

Menerusi hantaran di Threads, Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil tampil mempertahankan bapanya selain menyifatkan lelaki itu seorang yang beradab dan rendah diri.
Saya kenal dia, Dia bukan macam tu. He’s always polite, very cool. Semua sifat rendah diri, karakter yang ada dalam diri saya, datang dari dia. Dari kecil lagi dia selalu ajar saya untuk sentiasa jadi orang yang humble.
Pelakon filem Telaga Suriram ini meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang individu yang didakwanya menjadi punca kepada kemelut yang berlaku.
‘Mana betina yang punca porak peranda ni’

Nabila mendakwa bahawa individu tersebut yang dipercayai merujuk kepada isteri Amy Search hanya berdiam diri dan langsung tidak tampil mempertahankan suaminya ketika lelaki itu berdepan dengan masalah.
Mana ‘betina’ yang punca porak peranda ni ek? Senyap je. Duit nak, kaya nak, handbag mahal nak, title datin nak, semua kau dah dapat. Tapi kau biarkan kan je nama suami kau kena caci dengan taik yang kau dah buat. Jahatnya. Buat malu je lah.
Menurut Nabila, ramai sebenarnya yang pernah menjadi mangsa buli dan makian individu terbabit, namun tidak mampu bersuara kerana terlalu menghormati bapanya.
Tapi,ini kali baru betul. Buku bertemu ruas. Ramai sebenarnya dah jadi mangsa buli dan maki kau.
Tapi tak boleh nak bersuara. Eh bukan tak boleh. Anytime je sebenarnya nak bersuara. Tapi orang semua terlalu menghormati suami kau. Lambat lagi orang takut dengan kau! Tolonggg lah!
Sebelum ini, Shila Amzah didakwa diserang ketika sesi latihan Konsert Ulang Tahun ke-20 MR D.I.Y di Stadium Merdeka, dipercayai berpunca daripada ciapannya di platform X yang menyatakan sokongan terhadap luahan Nabila Huda mengenai isu ibu tiri.
Bagaimanapun, Shila menjelaskan dia sekadar memberi sokongan sebagai rakan seindustri tanpa berniat mencampuri urusan peribadi sesiapa.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Threads Nabila Huda
The post Nabila Huda Pertahan Amy Search, Tempelak Betin* Cetus Pergaduhan – ‘Dia Kena Caci Dengan Tahi Kau Buat’ first appeared on OHBULAN!.





