
Pelawak dan penyampai radio Nabil Ahmad mengakui terlepas pandang akan aurat isterinya, Nazirah Ayu terdedah ketika membuat panggilan video yang turut dikongsi di laman sosial Era FM, baru-baru ini.
‘Saya terlepas, tak sengaja’

Ketika ditemui , Nabil atau nama lengkapnya Ahmad Nabil Ahmad, 42, tidak menyangka video yang dikongsikan itu telah viral sehingga menyebabkan dia dan isteri menerima kecaman daripada warganet.
Saya terlepas dan ia tidak sengaja. Ketika itu saya nampak dia (isteri) macam pakai tudung. Saya pun tidak tahu video itu viral.
Betullah kata orang tua, jangan seronok sangat… nanti bersedih
Nabil mengulas perkara itu ketika ditemui pada sesi Meet and Greet bersama duta Jakel yang berlangsung di Shah Alam pada Sabtu.
Susulan daripada apa yang berlaku, Nabil berjanji akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang kandungan di media sosial.
Saya tahu video tersebut akan dimuat naik, saya yang suruh.
Doakan saya akan lebih berhati-hati dan cakna dengan keadaan semasa. Kita belajar dari kesilapan.
Terdahulu, tular video memaparkan Zira hanya menutup bahagian rambut dengan menggunakan tuala ketika membuat panggilan video dengan suaminya.
Perkara tersebut mengundang kecaman ramai susulan Nabil yang dikatakan tidak sensitif dengan aurat isterinya
Imbas kembali, Zira mula mengenakan tudung sekitar awal 2021 dan penampilannya berhijab mendapat pujian ramai.
Sekadar info, Zira dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 2011 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan Naira Mikayla, Layla Medyna dan Mishall Imani.





