28.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nabil Ahmad Berhasrat Jadikan Rumah Di Kampung Sebagai Madrasah

    Shopee Sale

    Pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad berkongsi sepotong video memaparkan keadaan terkini rumah milik keluarganya yang terletak di Mambau, Negeri Sembilan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Terus Ke Masjid & Menangis’ – Nabil Terkesan Selepas Terima Surat Direhatkan Dari Radio, Risau Masa Depan Anak 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Sifatkan Ada Hikmah Nabil Digantung Tugas – ‘Boleh Fokus Ibadah Bulan Ramadan & Dapat Ikut Tabligh’

    Mahu jadikan madrasah

    Menerusi hantaran di TikTok, Nabil, 42, menunjukkan keadaan dalam rumah tersebut sekali gus telah mengimbau segala kenangan sewaktu dia membesar di situ.

    Masya-Allah, rindunya rumah ini. Rumah ini malam sangat sejuk, tak perlu pasang ‘air cond’. Ini bilik bujang saya, dulu warna biru, sekarang warna kuning.

    Barang-barang dah bertambah dan ada yang milik saya dan bukan milik saya. Banyak betul kenangan di sini.

    Dalam pada itu, Nabil berkata, dia berhasrat untuk menjadikan rumah tersebut sebagai sebuah madrasah pada satu hari nanti jika diizinkan.

    Insya-Allah, kalau ada rezeiki satu hari nanti, kita akan jadikan rumah ini sebagai madrasah. Dapat pahala untuk mak, ayah dan adik-beradik mak.

    Difahamkan, Nabil yang ditemani isterinya, Zira Ayub pulang ke kampung bersempena hari raya Aidiladha.

    MENARIK:  [VIDEO] Zarina Anjoulie Banyak Kali Dipermain Lelaki, Nasihat Wanita Jangan ‘Hanyut’ Ketika Bercinta

    Sumber: Video

    The post Nabil Ahmad Berhasrat Jadikan Rumah Di Kampung Sebagai Madrasah first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah