Bila kebenaran menjadi senjata, siapa yang akan terselamat?
Drama terbaharu berjudul Ms. Incognito mengajak penonton menyelami dunia penuh rahsia, pengkhianatan dan cinta terlarang yang sarat emosi serta kejutan tidak terduga.
Drama Ms. Incognito

Drama ini bakal ditayangkan serentak di Malaysia dan Korea bermula 29 September 2025, eksklusif di Tonton.
Dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Jeon Yeo-been, Jin-young, Seo Hyun-woo, Jang Yoon-joo dan Joo Hyung-young, Ms. Incognito menjanjikan lakonan mantap serta jalan cerita yang mendalam.
Jeon Yeo-been membawa watak Bu Se-mi, seorang wanita yang hidup dalam penyamaran selepas terikat dengan perkahwinan kontrak demi melindungi rahsia besar dan harta majikannya.
Namun, kehidupannya yang kelihatan tenang mula goyah apabila muncul Choi Dong-min (lakonan Jin-young), seorang lelaki jujur dan berprinsip yang tanpa disangka-sangka menjadi ancaman terbesar terhadap rahsianya.
Pertemuan mereka pada mulanya tampak biasa, namun semakin lama hubungan itu bertukar menjadi sesuatu yang lebih rumit. Di sebalik kasih sayang yang tumbuh, tersembunyi dilema antara cinta dan kepercayaan.
Apabila kebenaran mula terbongkar, Bu Se-mi terperangkap dalam konflik antara menjaga penyamarannya atau mempertahankan cinta yang semakin rapuh.
Ditulis oleh Hyun Gyu-ri dan diarahkan oleh Park Yoo-young, Ms. Incognito hadir dengan plot asli yang penuh misteri, konflik emosi serta kejutan yang sukar dijangka.
Setiap episod membawa penonton menyelami sisi gelap kehidupan tentang sejauh mana manusia sanggup menipu, mengkhianati dan mengorbankan cinta demi kelangsungan hidup.
Jalan ceritanya yang padat dengan tanda tanya dan watak-watak kompleks menjadikan drama ini sebuah naskhah yang segar, mendalam dan sarat ketegangan.
Dengan sinematografi moden dan pengisahan yang elegan, Ms. Incognito bukan sekadar kisah penyamaran, tetapi juga perjalanan seorang wanita melawan ketakutan dan rahsia yang membelenggunya. Ia mengajak penonton merenung erti kejujuran, kepercayaan dan kekuatan diri dalam menghadapi kebenaran yang menyakitkan.
Jangan lepaskan tayangan perdana Ms. Incognito bermula 29 September ini, setiap Isnin dan Selasa, jam 9.00 malam, ditayangkan serentak dengan Korea, hanya di Tonton.
Untuk kemas kini terkini mengenai drama ini dan rancangan menarik lain, ikuti @tontonmy di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram.
The post Ms. Incognito: Di Sebalik Rahsia, Ada Cinta Yang Tersembunyi first appeared on OHBULAN!.





