25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Momen ‘Sweet’ Bertukar Lucu, Suami Nina Ismail Sabri Tersalah Faham Kit Ujian Kehamilan – ‘Awak Positif Covid?’

    Shopee Sale

    Anak kepada bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, iaitu Nina Sabrina Ismail Sabri berkongsi momen ketika dia memberitahu suami, Hafiz Osman tentang kehamilannya.

    Artikel Berkaitan: Nina Ismail Sabri Dedah Jeanelle Paling Teruja Bakal Dapat  Adik Lelaki

    Artikel Berkaitan: Nina Ismail Sabri Suka Dengar Jeanelle Cakap Bahasa Melayu – ‘Dulu Macam Membebel Dengan Pintu’

    Momen lucu

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Threads, Nina berkata, dia sedang berada di Jepun ketika mengetahui bahawa dirinya berbadan dua.

    Ketika saya dapat tahu yang saya hamil, kami berada di Jepun.

    Untuk kepastian, saya buat ujian tiga kali sebelum beritahu Hafiz.

    Nina kemudian menceritakan momen lucu ketika memberitahu suami tentang kehamilannya.

    Petang itu kami ke kafe kegemaran, hanya kami berdua saja.

    Saya hulurkan beg kertas yang berisi alat ujian kehamilan itu.

    Dia pandang saya dengan terkejut lalu berkata, ‘awak positif Covid? Jadi esok kita tak boleh fly balik la?’

    Daripada nak jadi sweet momen kami terus ketawa.

    Kit kecil

    View this post on Instagram

    A post shared by Nina Sabrina Ismail Sabri (@ninaismailsabri)

    Menurut Nina, lazimnya, kit ujian kehamilan yang dijual di negara matahari terbit tersebut bersaiz kecil sehingga suaminya menyangka itu adalah kit ujian Covid-19.

    Katanya, alat ujian kehamilan di Jepun kecil jadi memang nampak macam kit ujian untuk Covid.

    Untuk info, Nina mendirikan rumah tangga bersama Hafiz pada November tahun lalu dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Seburuk Mana Pun, Saya Tetap Ayah Dia’ – Bapa Zara Zya Pilih Kunci Mulut

    Imbas kembali, Nina mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013, namun berpisah cara baik pada Ogos 2023.

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia lapan tahun.

    Sumber: Nina Ismail Sabri

    The post Momen ‘Sweet’ Bertukar Lucu, Suami Nina Ismail Sabri Tersalah Faham Kit Ujian Kehamilan – ‘Awak Positif Covid?’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah