Pensyarah Fiqh Fatwa Makanan dan Kepenggunaan Semasa, Pusat Kajian Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Kashim berkongsi pandangan ekoran tindakan usahawan Haliza Maysuri yang menempah kain kafan daripada pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim.
Artikel Berkaitan: Haliza Maysuri Kongsi Pandangan Ustaz, Tak Salah Beli Kain Kafan ‘Premium’ – ‘Kita Bantu Ekonomi Orang Islam’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kerap Dikecam Miliki Busana Mahal, Haliza Maysuri Tempah Kain Kafan Jenama Rizalman – ‘Akhirat Kena Terbaik & Berjenama’
Hukum mengikut situasi

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Mohd Izhar memaklumkan bahawa sunnah mengingati mati agar umat Islam menghindari diri daripada maksiat.
Tambahnya, tiada dalil yang mengharamkan umat Islam membeli kain kafan berkualiti tinggi namun hukumnya bergantung pada situasi.
Harus membeli kain kafan yang mahal sejajar dengan kelayakannya. Namun perbuatan itu dirahsiakan kecuali hanya ahli waris yang mengetahui.
Niatnya baik untuk pastikan ibadah sejajar dengan kehidupan realiti. Dia tidak lupa zakat, sedekah, hadiah, wakaf dan lain-lain terhadap tuntutan agama.
Sama seperti jemaah haji dengan pakej mewah RM250,000 bagi keselesaan jemaah yang berkemampuan.
Kedua, makruh apabilla diuar-uarkan kepada umum bagi tujuan promosi produk tanpa ada sedikit pun niat takbur dan sombong terhadap orang lain.
Ketiga, haram jika perbuatan membeli kain kafan dan diuar-uarkan bagi tujuan riak, sombong serta menghina set kain kafan yang murah.
Dalam pada itu, Mohd Izhar mengingatkan agar tidak menghukum perbuatan seseorang tanpa mengetahui niat sebenar.
Kita tidak boleh menghukum perbuatan seseorang itu khususnya melibatkan niat kecuali terdapat perbuatan jelas yang menjurus seseorang itu kepada perbuatan haram.
Imbas kembali, Haliza menerima kecaman daripada orang ramai yang menyatakan bahawa pakaian di alam kubur nanti hanya memerlukan kain kafan.
Ekoran itu, Haliza memilih pereka fesyen terkenal untuk menyiapkan kain kafannya bagi memastikan perjalanan ke alam kubur juga mempunyai jenama.
Bagaimanapun, tindakannya menerima kecaman hebat daripada netizen yang menganggap dirinya membazir dan riak.
Sumber: Instagram @mohdizharariff_official
The post Mohd Izhar Kongsi Pandangan Beli Set Kain Kafan Mahal – ‘Ikut Situasi, Kalau Tujuan Riak Hukumnya Haram’ first appeared on OHBULAN!.





