Misteri kehilangan enam sekeluarga sejak Sabtu lalu akhirnya terjawab apabila kesemua mangsa dipercayai maut dalam sebuah kereta jenis Proton Saga Iswara yang ditemui tenggelam di dalam Sungai Korok, pada Isnin.
Salam takziah

Memetik laporan Kosmo! Online, mangsa yang dipercayai terdiri daripada Mohd Azim Ezzat, 32, isterinya, Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, dan empat anak mereka masing-masing berusia sembilan, lapan, tujuh tahun serta seorang bayi enam bulan.
Kenderaan itu dikesan berada di dasar sungai sebelum pasukan penyelamat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah digerakkan ke lokasi bagi melaksanakan operasi mengeluarkan kesemua mangsa.
Detik menyayat hati itu disaksikan sendiri oleh ahli keluarga yang berada di lokasi kejadian. Suasana pilu menyelubungi kawasan apabila jasad kesemua mangsa diangkat keluar dari kenderaan satu demi satu dalam keadaan menyayat hati.
Sebelum ini adik kepada mangsa, Nur Adliah Shuhada Ishak, 20-an memaklumkan bahawa abangnya bersama keluarga bermalam di rumahnya di Taman Aman sebelum menghilang tanpa jejak pada keesokan harinya.
Wanita tidak menyangka pertemuan dengan abang dan keluarganya pada malam Jumaat menjadi yang terakhir sebelum mereka sekeluarga dilaporkan hilang.
Kehilangan pasangan suami isteri dan empat anak mereka itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarga, yang berusaha menjejaki mereka selepas gagal dihubungi dan tidak pulang ke rumah di Jerlun seperti biasa.
Sumber: Kosmo Online
The post Misteri Kehilangan Enam Beranak Terjawab, Kereta Dinaiki Dipercayai Tenggelam Dalam Sungai first appeared on OHBULAN!.





