32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mimie Haris Sah Bercerai Kali Ketiga – ‘Saya Dah Tamat Tempoh Iddah’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pengacara Mimie Haris mengesahkan sudah bercerai dengan ahli perniagaan, Khairril Anuar Md. Dahilin.

    Artikel Berkaitan: Sharifah Aleya Sah Bercerai Selepas 13 Tahun Mendirikan Rumah Tangga – ‘Saya & Anak-Anak Dalam Keadaan Baik’

    Artikel Berkaitan: Kamal Adli, Uqasha Senrose Sah Cerai Talak Satu

    Mimie Haris bercerai

    Mimie atau nama sebenarnya Norshamimi Ahmad Haris, 37, berkongsi berita itu menerusi aplikasi Threads.

    Ujar Mimie, tujuannya memaklumkan mengenai perpisahannya itu kepada umum adalah untuk mengelak daripada sebarang fitnah dan salah faham.

    Untuk mengelakkan fitnah dan salah faham pada masa akan datang, saya sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan bapa kepada anak saya.

    Tiada apa-apa lagi yang perlu diperkatakan. Kami berdua sedang meneruskan kehidupan masing-masing.

    Kami juga cuba untuk menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak kami.

    Bagaimanapun, Mimie tidak mendedahkan secara terperinci punca keretakan rumah tangganya itu.

    Saya juga sudah tamat tempoh idah. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baharu.

    Untuk rekod, Mimie mendirikan rumah tangga bersama Khairril pada 16 Oktober 2022 dan mempunyai dua anak lelaki.

    MENARIK:  Filem Animasi ‘A Mighty Adventure’ Cipta Kelainan, Telan Kos Cecah RM20 Juta

    Sebelum ini, Mimie pernah berkahwin pada tahun 2015 dan 2020, namun berpisah. Hasil kedua-dua perkahwinan itu, Mimie tidak dikurniakan zuriat.

    Sumber: Threads Mimie Haris

    The post Mimie Haris Sah Bercerai Kali Ketiga – ‘Saya Dah Tamat Tempoh Iddah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah