
Aktres dan usahawan, Rozita Che Wan tidak dapat menahan rasa sedih selepas kehilangan anak saudara, Muhammad Aisy Al Raees Mohamad Zaquan Adha, pada petang Selasa.
Pergi lah sayang

Menerusi hantaran dibuat, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 51, memohon agar mereka sekeluarga diberikan kekuatan oleh Allah SWT.
Ya Allah Ya Tuhan ku.. Pilunya dan teramat sedih berita yang ku terima. Kuatlah kami Ya Allah.
Sementara itu, menerusi ‘posting’ berbeza, pelakon yang cukup terkenal dengan siri komedi Kiah Pekasam berkata memori dia menyusukan anak kecil itu dengan botol susu masih segar di ingatan.
Sebelum ini, pemain bola sepak, Zaquan Adha memaklumkan berita pemergian anak bongsunya pada usia enam bulan kepada umum di media sosial.
Bagaimanapun, punca pemergian anak ketujuh itu tidak diberitahu lanjut oleh bekas pemain bola sepak kebangsaan.
Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ketujuh pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.





