28.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mierul Aiman Tersentuh Baca Nukilan Amir Ahnaf, Imbau Zaman Baru Nak Up – ‘Dia Seorang Yang Sweet’

    Shopee Sale

    Pelakon, Mierul Aiman mengakui tersentuh dengan nukilan yang ditulis rakan baiknya iaitu aktor Amir Ahnaf mengenai persahabatan mereka yang terjalin sejak awal pembabitan dalam industri seni.

    Artikel Berkaitan: Mierul Aiman Kongsi Pandangan Hubungan ‘Love Gap’, Lelaki Muda Dengan Wanita Berusia – ‘Saya Tak Anggap Salah’

    ‘Amir sweet’

    Mierul atau nama penuhnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 27, berkata perkongsian tersebut bukan sahaja menjentik emosinya, malah mengimbas kembali pelbagai kenangan yang pernah dilalui bersama.

    Saya sedih dan terharu apabila membaca ucapan Amir untuk saya. Gambar itu menjadi bukti dan mengingatkan semula momen dan detik yang pernah kami lalui bersama dahulu.

    Saya tidak sangka Amir akan buat ucapan sebegitu, tetapi saya tahu dia seorang yang ‘sweet’. Saya pun boleh cair dengan ucapan itu, apatah lagi kalian.

    Gambar lama itu seperti sebuah mimpi dan saya ingin beritahu bahawa kekuatan mimpi adalah kepercayaan. Kita boleh buat jadi apa sahaja asalkan percaya. Gambar itu benar-benar mengimbas banyak perkara.

    Mierul berkata demikian ketika ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Tarung: Unforgiven di ibu kota, pada Isnin.

    Terdahulu, Amir berkongsi tentang perjalanan suka duka mereka dalam industri seni, selain menyifatkan Mierul sebagai antara individu penting yang banyak mempengaruhi pembentukan dirinya hari ini.

    MENARIK:  Akaun Media Sosial Dr Halina Kena ‘Serang’, Didakwa Terlibat Jadi Testimoni Kes Adik Di Ireland

    Malah, Amir turut meluahkan rasa syukur apabila hubungan persahabatan mereka akhirnya membawa kepada peluang untuk berlakon bersama dalam naskhah yang sama.

    Cabaran jadi Hatta

    Dalam pada itu, Mierul yang juga juara Hero Remaja 2021/2022 turut berkongsi cabaran menjayakan watak Hatta dalam filem Tarung: Unforgiven yang menuntut ketahanan fizikal dan emosi.

    Babak paling mencabar adalah pada penghujung cerita yang menuntut saya untuk berlawan dengan Aedy. Ada 36 jam untuk menghasilkan 8 minit babak bertarung. 36 jam kami berdua berlawan.

    Walaupun ada sedikit kecederaan tetapi saya memilih untuk tidak layan rasa sakit itu kerana babak tersebut lebih penting. Saya perlu stabilkan emosi dan aksi.

    Selain Mierul dan Amir, filem Tarung: Unforgiven arahan Razaisyam Rashid turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Bront Palarae, Aedy Ashraf, Sharifah Sakinah dan Azira Shafinaz.

    Filem aksi tersebut dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei ini.

    The post Mierul Aiman Tersentuh Baca Nukilan Amir Ahnaf, Imbau Zaman Baru Nak Up – ‘Dia Seorang Yang Sweet’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah