Timbul dakwaan pelakon, Nora Danish yang kini sedang mengenali hati budi seorang jejaka berstatus duda dan mempunyai dua orang cahaya mata.
Artikel Berkaitan: Nora Danish Muat Naik Foto Lelaki Berkopiah, Netizen Dakwa Sedang Jalin Hubungan Dengan ‘M’ – ‘Jaga Baik-Baik Ya’
Artikel Berkaitan: Nora Danish Usaha Padam Gambar Tidak Berhijab Di Media Sosial – ‘Daripada 24,000 Gambar, Masih Sedang Dipadamkan’
Netizen banjiri ruangan komen
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), lelaki yang dikenali sebagai Mickey Ayo itu seakan-akan memberi petunjuk jelas atas desas-desus yang menjadi bualan hangat di media sosial kini.
Pada perkongsian itu, Mickey Ayo dilihat berkongsi beberapa foto sepanjang bulan Julai. Bagaimanapun, netizen mendakwa ada terselit gambar bersama pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif.
Susulan daripada itu, hantaran lelaki terbabit dibanjiri dengan komen netizen yang merestui dan menginginkan pengakhiran baik dengan Nora Danish.
Semoga menjadi imam yang terbaik




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cuba untuk mendapatkan jawapan daripada hantaran yang dimuat naik tersebut. Selain itu, warganet turut menitipkan doa agar dipermudahkan urusan jika betul dakwaan sedang mengenali hati budi.
Sekadar info, Nora mendirikan rumah tangga dengan Nedim pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia tujuh tahun.
Walau bagaimanapun, jodoh antara mereka tidak berpanjangan apabila disahkan bercerai pada pada 19 Jun 2024.
Untuk rekod, Nora juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 16, sebelum bercerai pada 2008.
Sumber: Instagram @mickeyayo1
The post Mickey Ayo ‘Like’ Netizen Komen Minta Jaga Nora Danish Dengan Kasih Sayang first appeared on OHBULAN!.





