Suami kepada pelakon Julia Farhana iaitu Dr Che Hafiz menafikan spekulasi rumah tangga mereka sedang bergolak.
‘Kami baik-baik saja’

Ketika ditemui , Dr Che Hafiz atau nama lengkapnya Che Muhammad Hafiz Che Baharum mengakui setiap rumah tangga memiliki ujian tersendiri.
Tambah Dr Hafiz, dia hanya mengharapkan doa orang ramai buat rumah tangganya.
Saya pun tak pasti sebenarnya macam mana boleh timbul spekulasi. Saya dengan Julia baik-baik saja.
Biasalah dalam rumah tangga mesti ada pasang surutnya. Rumah tangga mana saja tak ada ujian. Saya minta semua doakan yang baik-baik saja.
Dr Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Asia yang berlangsung di Studio 38, Kota Damansara, pada Sabtu.
Menjawab spekulasi raya berasingan, Dr Hafiz menafikan dakwaan tersebut sekali gus berkata dia memerlukan ruang bagi meredakan keadaan susulan isu rumah tangga sedang hangat diperkatakan.
Kami ada saja beraya, cuma tak kongsi gambar. Saya tak nak komen lebih-lebih. Biasalah bila timbul spekulasi kita perlukan masa untuk bertenang.
Reaksi pada spekulasi

Dalam pada itu, Dr Hafiz menganggap spekulasi yang timbul sebagai perkara yang positif dan adat hidup berkeluarga.
Walau apa saja kita buat ada baik dan buruknya. Kalau nak cakap saya gelak bila dengar spekulasi itu macam meremehkan pula. Kita ambil perkara tersebut dari sudut yang positif.
Imbas kembali, rumah tangga Dr Hafiz hangat diperkatan apabila dirinya memuat naik foto bersama ibu ketika menyambut Aidilfitri tempoh hari, namun kelibat Julia tidak kelihatan.
Selain itu, pasangan ini juga didapati tidak lagi mengikuti akaun masing-masing di platform media sosial berkenaan, sehingga mencetuskan tanda tanya tentang hubungan mereka.
Sekadar info, Julia mendirikan rumah tangga bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 14 Disember 2022.
Dr Che Hafiz sebelum itu pernah berkahwin dengan aktres Lufya dan memiliki seorang anak perempuan iaitu Laana Haura, 8. Namun mereka bercerai pada 17 Jun 2020.
The post ‘Mesti Ada Pasang Surut’ – Dr Che Hafiz Nafi Rumah Tangga Bersama Julia Farhana Bergolak first appeared on OHBULAN!.





