30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 29, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Menggigil Sampai Pengsan Dalam Tandas’ – Daiyan Trisha Kongsi Pengalaman Dijangkiti Influenza A

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha berkongsi pengalaman pahitnya ketika berdepan dengan penyakit Influenza A baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha Nafi Jadi Isteri Keempat Orang Kenamaan – ‘Saya Hanya Mampu Ketawa’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Daiyan Trisha Tak Baca Komen Netizen, Pilih Jadi Diri Sendiri – ‘Apa Saya Buat Tetap Dipersoalkan’

    Sakit

    Menerusi muat naik di Instagram, pemilik nama Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 32, berkata sebelum ini dia tidak pernah menceritakan kesukarannya ketika jatuh sakit.

    Bagaimanapun, berbeza dengan penyakit lain, pelantun lagu Penat itu mengakui kesakitan yang dialaminya ketika diserang Influenza A terasa jauh lebih teruk berbanding jangkitan virus lain.

    Virus ini bagi saya lebih teruk daripada Covid. Sakit sangat sampai rasa nak mati.

    Mula-mula sakit tekak dulu, kemudian sekelip mata saya terus jatuh sakit.

    Hari pertama memang tidak larat, kena baring je. Semua plan terpaksa ditangguh.

    Kata Daiyan, virus itu membuatkan dia merasakan semua kesakitan di seluruh tubuhnya seperti kekejangan otot, lenguh badan, cirit-birit dan banyak lagi.

    Saya ada juga menggigil waktu malam, sampai saya pengsan dalam tandas.

    Dua hari pertama memang paling teruk, hari-hari selepas itu boleh tahan.

    Sumber: Instagram

    MENARIK:  [VIDEO] Elly Mazlein Sarung Tudung Dalam ‘Live’, Menangis Dengar Nasihat Ustazah Asma’ – ‘Doakan, Saya Pun Nak Sangat Jadi Macam Ini’

    The post ‘Menggigil Sampai Pengsan Dalam Tandas’ – Daiyan Trisha Kongsi Pengalaman Dijangkiti Influenza A first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah