31.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Melodi Terhangat Superstar Tour Penang Memang Meriah, Orang Bukit Mertajam Sempoi Tak Tau Nak Habaq!

    Shopee Sale

    Acara Melodi Terhangat Superstar Tour yang berlangsung pada Sabtu lalu di AEON Mall, Bukit Mertajam, Pulau Pinang menerima sambutan luar biasa dan sangat meriah.

    Artikel Berkaitan: Anugerah Melodi Terhangat 2025 Kini Cecah 1 Juta Undian Selepas Hanya Tiga Hari

    Artikel Berkaitan: Anugerah Melodi Terhangat Kembali Lagi, 12 Kategori Dipertandingkan

    Tour Penang!

    Antara barisan artis yang memeriahkan acara tersebut ialah Hael Husaini, Amyra Rosli, Puteri Khareeza, Zarif Ghazzi, Aman Aziz dan Raden Zaharatul.

    Kesemua artis bertolak dari Balai Berita Bangsar ke Pulau Pinang menaiki kenderaan rasmi Proton secara konvoi.

    Acara yang bermula pada jam 2 petang itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik, antaranya permainan bersama peminat, persembahan artis serta sesi bergambar dan ramah mesra.

    Penyanyi popular, Hael Husaini, meluahkan rasa terharu melihat sambutan hangat peminat sebaik tiba di lokasi.

    Saya terkejut melihat sambutan peminat di Bukit Mertajam, apabila keluar sahaja kereta rasa sangat dialu-alukan. Terima kasih kepada pasukan Melodi kerana mengundang saya.

    Sementara itu, pelakon dan pengacara Amyra Rosli turut berkongsi keterujaan apabila dapat pulang ke negeri asalnya dan bertemu dengan peminat.

    Orang Pulau Pinang memang sporting. Saya pula memang asal Penang, jadi macam balik kampung sendiri jumpa orang-orang kampung.

    Apabila dijemput oleh Melodi ke Penang, saya tidak tolak, terus bersetuju. Peminat pun sangat happening.

    Bagi penyanyi, Puteri Khareeza pula, pengalaman menyertai konvoi bersama barisan artis ke lokasi acara merupakan sesuatu yang cukup istimewa.

    Kami semua barisan artis menaiki kereta Proton menuju ke AEON, satu pengalaman yang menarik. Ini kali kedua saya menyertai acara ini, yang mana minggu lalu di Johor dan kali ini di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

    Walaupun penat, tetapi saya sangat seronok dapat mendekati peminat. Sambutan di kedua-dua tempat sama seronok.

    Turut menghargai kehadiran peminat ialah pelakon Zarif Ghazzi.

    Terima kasih semua orang Penang sudi luangkan masa anda datang ke acara ini dan berjumpa dengan saya serta semua barisan artis yang ada.

    Anugerah Melodi Terhangat 2025 bakal berlangsung pada 3 Ogos 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

    MENARIK:  [VIDEO] Ozlynn Dedah Sisi Berbeza Johan – ‘Dia Sebenarnya Seorang Yang Pendiam & Tak Banyak Cakap’

    Untuk mengundi, peminat hanya perlu melayari laman rasmi di www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat atau muat turun aplikasi Tonton di telefon pintar.

    The post Melodi Terhangat Superstar Tour Penang Memang Meriah, Orang Bukit Mertajam Sempoi Tak Tau Nak Habaq! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah