Personaliti media sosial, Mek Yun menafikan dakwaan kononnya dia sedang menjalin hubungan istimewa dengan pempengaruh, Anas Khalid.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mek Yun Kongsi Kepercayaan Masyarakat Cina Di Bulan Hantu – ‘Roh Lapar & Tak Tenang Keluar Masuk Dunia Manusia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mek Yun Tempelak Tindakan Individu Guna Cerek Hotel Rebus Daging – ‘Ini Satu Penghinaan, Tolong Hormat Orang Lain’
Mek Yun masih single

Ketika ditemui , Mek Yun atau nama lengkapnya Wee Yun Ne menjelaskan bahawa hubungannya dengan Anas tidak lebih daripada sekadar teman baik dan rakan kerja.
Jujurnya, hubungan saya dengan dia cuma sebagai kawan baik dan videografer saya. Kami memang selalu bersama sebab saya, Anas dan pengurus saya, Fara, memang bekerja satu pasukan sejak awal saya mula buat kandungan.
Ujar Mek Yun lagi, disebabkan kerap dilihat bersama, mungkin ada pihak salah faham dan menganggap mereka bercinta.
Mungkin orang luar nampak kami rapat sebab kami memang selalu bersama untuk urusan kerja. Tapi sebenarnya kami dah berkawan lama, kira-kira dua tahun. Jadi tak ada apa-apa pun antara kami.
Mek Yun berkata demikian ketika ditemui di acara Garnier x Watsons di APW Bangsar, pada Khamis.
Tak kisah dikecam

Sementara itu, Mek Yun mengakui menerima kecaman dan komen sinis daripada netizen dari negara seberang yang tidak senang melihat keakrabannya dengan Anas.
Namun, dia memilih untuk tidak menghiraukan kata-kata negatif tersebut sebaliknya memberi tumpuan kepada mereka yang sentiasa menyokongnya.
Bagi saya, benda tu kelakar je. Saya tak buat content bukan-bukan pun. Orang yang tak suka tu mungkin tak kenal saya siapa. Jadi buat apa saya nak ambil hati. Saya fokus kepada orang yang sokong saya.
Ditanya mengenai statusnya, Mek Yun mengakui buat masa ini dia belum mempunyai kekasih kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada diri sendiri dan kerjaya.
Sekarang saya memang tak ada sesiapa. Nak kata mencari pun tidak, saya tunggu jodoh datang sendiri. Buat masa ni saya nak fokus pada karier dan diri saya dulu.
Dalam masa sama, Mek Yun tidak menolak sekiranya suatu hari nanti ditakdirkan bertemu jodoh dengan lelaki Melayu.
Kalau ditakdirkan jodoh saya lelaki Melayu, saya okey je. Keluarga saya jenis menyokong selagi saya bahagia. Selagi lelaki tu boleh hormat saya dan keluarga saya, boleh jaga saya dengan baik, why not?
Paling Viral Online

Dalam perkembangan lain, Mek Yun tercalon bagi kategori ‘Digital Content Creator Paling Viral’. Antara yang tercalon ialah Cik B, Sir Fathi, Ryan Bakery, Qawiyaro, Jason, Tun Laila, Sofea Shra, Cik Epal dan Acap S.
Peminat boleh mula mengundi bermula 29 September hingga 25 November 2025, dengan maksimum 50 undian setiap hari. Senarai Top 5 akan didedahkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.
Untuk memperluas capaian, melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital. Malah, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.
Penggunaan hashtag rasmi #palingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman rasmi: http://www..com/palingviralonline
The post Mek Yun Nafi Bercinta Dengan Anas Khalid, Tak Tolak Jodoh Lelaki Melayu first appeared on OHBULAN!.





