25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Khairul Aming Dipuji Jaga Aurat Wanita, Hanya Rakam Video Staf Lelaki Masa Aktiviti Air

    Shopee Sale



    Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial X memuji tindakan Khairul Aming yang menjaga aurat pekerja wanitanya sewaktu percutian mereka di Pulau Pinang.

    ‘Jaga maruah staf muslimah’

    Menerusi video yang dikongsikan, Khairul Aming memberitahu telah membawa seramai 100 orang staf bercuti di Pulau Pinang bagi menghargai penat lelah mereka yang selama ini telah bertungkus-lumus bekerja di kilangnya.

    Pelbagai aktiviti yang dilakukan mereka di Pulau Pinang termasuklah ke Taman Tema Escape Park Pulau Pinang untuk bermain air serta beberapa lagi aktiviti lain.

    Selain itu, mereka juga melakukan aktiviti air seperti bermain Donut boat, Banana Boat, dan juga paragliding.

    Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah tindakan Khairul Aming yang hanya merakam momen gembira staf lelakinya sahaja ketika melakukan aktiviti air.

    MENARIK:  [VIDEO] Bella Astillah Menangis Dengar Ucapan Ayden Sempena Hari Ibu – ‘Ayden Akan Jaga Mummy & Adik’

    Hal ini kerana, wargamaya berpendapat bahawa usahawan berusia 31 tahun itu menjaga aurat staf wanitanya lebih-lebih lagi ketika aktiviti melibatkan air.

    Bagus Khairul Aming, waktu aktiviti air dan basah-basah hanya shoot rakam staf lelaki sahaja. Jaga maruah staf muslimah.

    Nampak mungkin remeh bagi sebahagian penghasil kandungan tapi sangat bermakna bagi orang yang faham dan amal.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah