![]()
Baru-baru ini Masjid Al-Akram telah menganjurkan Program Kongsi Rezeki Ramadan hasil kerjasama bersama McDonald’s Malaysia dan JAWI Food Bank bagi membantu golongan asnaf di sekitar Datuk Keramat.
Program yang berlangsung pada 11 Mac 2025 ini meraikan lebih 150 penerima kotak rezeki termasuk orang awam yang turut hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa yang dianjurkan.
Turun padang seawal jam 9 pagi

Kalau korang nak tahu, pasukan McDonald’s turun padang seawal jam 9 pagi bersama pasukan Jawi Food Bank dan jemaah masjid untuk menyediakan 600 pek bubur lambuk sebelum ianya diedarkan kepada orang awam.
Penyampaian 150 kotak rezeki kepada 150 asnaf serta sumbangan dana masjid dan perbelanjaan Ramadan bernilai RM5,000 turut diadakan usai solat Asar.
Bukan itu sahaja, Program Kongsi Rezeki Ramadan kali ini turut dimeriahkan dengan ceramah Tuan Syamsul Debat mengenai keberkatan dalam bulan Ramadan, sebelum diakhiri dengan majlis berbuka puasa, solat maghrib, Isyak dan Tarawih.

McDonald’s mahu serlahkan tanggungjawab sebagai syarikat milik muslim
Mahu menyantuni kira-kira 400 masjid dan surau di seluruh negara dengan aktiviti kemasyarakatan, Program Kongsi Rezeki Ramadan yang telah dianjurkan sejak 11 tahun yang lalu telah menjadi tradisi McDonald’s Malaysia bagi membantu golongan yang memerlukan.
Bagi tahun ini sahaja, McDonald’s Malaysia menyasarkan pembahagian lebih 80,000 hidangan moreh, 16,000 pek bubur lambuk dan 500 kotak rezeki.

Menurut Zaid Hasman, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Restoren, McDonald’s Malaysia, Program Kongsi Rezeki Ramadan membawa makna yang besar kepada mereka kerana ini adalah masanya untuk McDonald’s Malaysia serlahkan tanggungjawab sebagai pemilik syarikat milik orang islam kepada komuniti di sekitar restoren mereka termasuk masjid dan surau.
Tambahnya lagi, usaha ini selari dengan komitmen McDonald’s Malaysia untuk menjadi jiran prihatin yang menawarkan program yang memberi impak yang positif dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menyemarakkan peranan masjid sebagai pusat ukhuwah dan keilmuan.
Jom meriahkan Program Kongsi Rezeki Ramadan
Ada 3 lokasi lagi untuk Program Kongsi Rezeki Ramadan pada tahun ini sebelum ianya melabuhkan tirai untuk tahun ini.
Lokasi seterusnya tak salah min dekat UNISEL Bestari Jaya.
Buat orang-orang Bestari Jaya jangan lupa untuk sama-sama hadir dan memeriahkan Program Kongsi Rezeki Ramadan di lokasi yang berikutnya.
Dengar-dengar Tuan Amin Idris akan turun padang untuk berkongsi ilmu tentang bulan Ramadan.
Selain itu, McDonald’s Malaysia akan turut memeriahkan Pesta Pelita Panjut di Kuala Kangsar pada 25 Mac tau! Jumpa korang di sana!





