Seorang wanita ditemukan maut dalam keadaan menyayat hati apabila mayatnya ditemui terapung di Sungai Tanjung Serindit, Ulu Papan, Pengerang, Kota Tinggi pada malam Ahad.
Kaki, tangan diikat

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisioner Yusof Othman berkata, pihak polis menerima laporan daripada orang awam sekitar jam 9 malam mengenai penemuan mayat seorang wanita.
Susulan laporan itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi bersama Bahagian Forensik D10 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bergegas ke lokasi kejadian.
Pemeriksaan awal mendapati individu tersebut telah meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan tangan dan kaki terikat menggunakan tali.
Identiti mayat masih dalam proses pengesahan dan punca kematian masih dalam siasatan.
Bagaimanapun, identiti mangsa masih belum dapat dipastikan dan mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Pasir Gudang untuk menjalani bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki mempunyai unsur jenayah.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian atau kehilangan ahli keluarga agar tampil membantu siasatan.
Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kes, ASP Noor Azizi Indzam di talian 013-787 8771, mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Hotline IPD Kota Tinggi di 07-883 1222.
Sumber: Bernama
The post Mayat Wanita Ditemui Terapung, Tangan & Kaki Diikat Tali first appeared on OHBULAN!.





