34 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysia Siap Menerima Anugerah E-Sukan Pertama

    Shopee Sale



    Satu detik penting di dalam sejarah E-sukan Malaysia kini semakin hampir melalui pengumuman perlaksanaan Anugerah E-sukan Malaysia (“selepas ini dirujuk sebagai “anugerah ini”) yang akan diadakan  buat pertama kalinya.

    Acara yang dianjurkan oleh Alive Asia Events Sdn Bhd, disokong oleh Kementerian  Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Malaysian E-sports Federation (MESF), Esports Integrated (ESI), dan ini  bertujuan untuk memberi penghormatan kepada penyumbang-penyumbang ulung dalam industri E-sukan  yang sedang berkembang pesat di Malaysia.

    Kumpul peminat industri E-sukan

    Acara berpengaruh ini dijadualkan akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 27 Januari 2024, menjanjikan satu malam yang tidak akan dapat dilupakan. 

    Sebagai acara yang julung kali diadakan di negara ini, anugerah ini adalah satu cerminan pencapaian dalam landskap E-sukan negara dan bertujuan untuk menyerlahkan semangat dinamik di kalangan komuniti E-sukan Malaysia. Upacara yang bakal berlangsung ini adalah bukan sekadar majlis penganugerahan, tetapi  merupakan satu acara yang akan mengumpulkan peminat-peminat industri E-sukan dari seluruh pelosok Malaysia. 

    Bagi meraikan kejayaan dan kecemerlangan sebenar, anugerah ini berpegang teguh dengan komitmen untuk mendukung piawaian keadilan dan ketelusan tertinggi semasa proses pemilihan dijalankan. Menggabungkan  kepelbagaian dari segi pengalaman, kepakaran, dan barisan juri terdiri dalam kalangan individu daripada agensi kerajaan, persatuan-persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan beberapa pihak  berkepentingan.

    Melalui pendekatan yang teliti ini, anugerah ini menjanjikan pengiktirafan terhadap pelopor  sebenar dalam persada E-sukan Malaysia melalui penganugerahan yang bermerit dan sumbangan yang cemerlang dalam industri yang bakal diraikan. 

    Semua dijemput hadir

    Semua orang dijemput hadir sama ada korang peminat tegar mahupun seorang yang baru berjinak dengan E-sukan. Nantikan kemunculan acara perintis ini yang akan membawa suatu malam hujung minggu yang akan meraikan mereka yang bermain, mencipta, dan membawa cita-cita besar dalam persada E-sukan Malaysia.

    MENARIK:  Pereka Fesyen Popular Mengaku Terjerat Hutang Ah Long RM25,000

    Untuk maklumat tambahan dan perkembangan terus daripada pihak penganjur, sila ikuti saluran media sosial  penganjur, Alive Asia Events Sdn Bhd. Ikuti perkembangan dan sertai sebahagian daripada komuniti yang  berkembang maju melalui minat yang sama terhadap Anugerah E-sukan Malaysia 2023. 

    Alive Asia Events Sdn Bhd:  

    Industri ini sedang menghampiri detik yang bersejarah dalam sejarah E-sukan, para hadirin akan disajikan dengan satu malam yang luar biasa bagi meraikan pelopor E-sukan Malaysia di anugerah ini. Sertai perbualan  dengan menggunakan tanda pagar rasmi #MalaysiaEsportAwards, #MYEsportsAwards #AnugerahEsukanMalaysia dan #PixelsToPodium dan jadilah sebahagian daripada perjalanan kami menuju  ke acara perintis yang mentakrifkan satu era baharu dalam industri E-sukan.

    The following two tabs change content below.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah