34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Sakit Fizikal & Mental, Ada Artis Senior Dengki Dengan Aisha Retno? – ‘Saya Pernah Mengidolakan Mereka Sebelum Ni’

    Shopee Sale



    Penyanyi berbakat besar, Aisha Retno mendedahkan ada dalam kalangan rakan selebriti yang ‘dengki’ dengan pencapaian seninya.

    ‘Ada pula yang tak puas hati’

    Ketika ditemui di konsert final The Hardest Singing Show (THSS), pada Ahad, Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno binti Sayed Sipulijam akui terkilan dengan tindakan individu terbabit selain menyifatkan perkara itu sedikit sebanyak mengganggu fizikal dan mentalnya.

    Lama kelamaan perkara itu semakin ketara sedangkan saya hanya tunjuk kemampuan diri (nyanyian) tetapi rupa-rupanya ada pula yang tak puas hati.

    Ganggu bukan secara terang-terangan tetapi mereka ada misi. Saya tak berani nak beritahu sama ada mereka cuba jatuhkan saya atau apa tetapi antara caranya ialah menjauhkan diri.

    Apa yang saya alami ialah kesakitan mental dan fizikal tetapi mungkin juga disebabkan keletihan tetapi memang ada berlaku perubahan dalam diri.

    Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak namun Aisha memberitahu bahawa individu tersebut pernah menjadi idolanya sebelum ini.

    Saya terkilan dan kecewa sebab saya pernah mengidolakan mereka ketika mula masuk industri. Agak terkejut sebab tidak semua orang baik.

    Saya sedih bila berlaku begini sebab tak sangka industri muzik Malaysia yang kecil begini pun ada perkara sebegini (dengki).

    Syukur saya dipagari dengan ibu bapa yang ada ilmu agama, minta dijauhkan perkara sebegitu (sihir).

    Aisha bagaimanapun enggan meletakkan sebarang justifikasi sama ada diganggu dengan ilmu hitam atau sebaliknya.

    MENARIK:  Trisha Ooi Dedah Sedang Diuji Dengan Fitnah, Mohon Doa Kuatkan Hati – ‘Benda Yang Tak Betul Mula Jejas Rezeki & Kerja’

    Dalam pada itu, Aisha menegaskan bahawa dia akan bersikap profesional dan akan terus dengan kerjayanya sebagai anak seni.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah