27.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Erma Fatima Dah Lali Dikecam, Anggap Karya ‘Keluarga Itu’ Tanggungjawab Sebagai Pembikin Filem

    Shopee Sale

    Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima menganggap kecaman yang diberikan terhadapnya melalui pembikinan drama ‘Keluarga Itu’ sama sekali tidak merencatkan semangatnya sebagai pembikin filem.

    Artikel Berkaitan: Erma Fatima Tiada ‘Plan’ Buat Sambungan Drama ‘Keluarga Itu’ – ‘Kalau Tak Cukup Konflik, Akan Rosakkan Karya’

    Dah lali dengan kecaman

    Foto: Kosmo

    Ketika ditemui , Erma atau nama lengkapnya Fatimah Rahmad Ali berkata, dia juga tidak mengambil pusing kerana sudah lali dengan kecaman yang diberikan.

    Saya dah biasa terima pandangan penonton yang pada awalnya mengecam tapi kemudian dapat ‘tangkap’ pengajaran yang saya cuba sampaikan.

    Jadi, kecaman itu tidak memberi apa-apa erti kepada saya dan saya tak baca pun.

    Erma berkongsi perkara tersebut ketika sesi pusingan akhir pencarian pelakon Drama Sangat TV3 bertempat di Balai Berita, Media Prima, minggu lalu.

    Tanggungjawab Erma untuk sampaikan mesej

    Foto: Berita Harian

    Bercerita lanjut, kakak kepada pelakon Datin Seri Umie Aida ini berpendapat adalah menjadi satu tanggungjawab buatnya sebagai pembikin filem untuk menyampaikan mesej mengenai realiti sebenar kehidupan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat.

    Bahkan, saya tak peduli apa orang nak cakap dan apa yang penting ialah saya tahu apa yang saya nak sampaikan.

    Sebagai seorang pembikin filem, saya ada tanggungjawab yang besar tentang masalah-masalah sosial khususnya yang berlaku di luar.

    Masalah-masalah itu sehingga ke hari ini tidak berhenti dan itu menjadi salah satu tanggungjawab kepada saya untuk menyampaikan mesej.

    Sekadar info, meskipun mendapat sambutan hangat, ada juga segelintir penonton drama ‘Keluarga Itu’ yang mengecam naskhah tersebut kerana dianggap keterlaluan untuk ditayangkan.

    MENARIK:  [VIDEO] Noraniza Idris Bidas Netizen, Tuduh Tiru Aliff Syukri

    Walau bagaimanapun, drama tersebut tetap berjaya mendapat sambutan hangat daripada penonton sehingga meraih lebih 4 juta tontonan pada episod akhir.

    Drama yang ditayangkan di slot ‘Lestary’ itu dibintangi pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Izara Aisyah, Puteri Balqis dan ramai lagi.

    The post Erma Fatima Dah Lali Dikecam, Anggap Karya ‘Keluarga Itu’ Tanggungjawab Sebagai Pembikin Filem first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah