Teka teki mengenai status hubungan anak kepada pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim dan pasangannya iaitu Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rasyid masih menjadi tanda tanya selepas mahkamah tidak dapat memutuskan atas beberapa perkara.
Artikel Berkaitan: Status Pernikahan Marissa & Aslam Dijangka Dapat Disahkan Hari Ini
Artikel Berkaitan: ‘Nak Bercakap Pasal Diri Sendiri Pun Jarang, Ini Kan Pula Tentang Orang Lain’ – Marissa Dania
Aslam tak nak jawab

Ketika ditemui , Ahmad Aslam yang kelihatan tenang bersama Marissa enggan menggulas lanjut dan berharap urusannya dipermudahkan.
Saya sihat, selamat hari raya.
Maaf, saya tak ada apa-apa nak komen. Saya minta semua doakan yang baik-baik sajalah. Insya-Allah.
Aslam berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari ini.
Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Aslam iaitu Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri menjelaskan ada beberapa perkara yang mempengaruhi mahkamah sehingga ia ditangguhkan.
Hari ini mahkamah tidak dapat nak putuskan lagi sebab terlalu banyak isu hukum syarak dan undang-undang yang perlu diputuskan.
Adalah beberapa perkara sebab perkara itu perlu diulas dengan beberapa pandangan dan kitab-kitab para alim dan ulama.
Katanya, isu tersebut berlaku berkaitan dengan isu rujuk yang dilakukan oleh pihak plaintif dan defendan
Sebenarnya bukanlah kekeliruan pun. Dia lebih kepada isu perceraian dan rujuk. Mesti ikut Al-Quran dan As-Sunnah. Allah dah tetapkan aturan.
Contohnya lafaz dalam keadaan sekian adakah lafaz itu sah ataupun tidak. Rujuk dalam keadaan sekian adakah disabitkan rujuk atau pun tidak. Jadi keadaan tu masih belum dapat dijawab.
Jadi oleh sebab pihak-pihak pun tak dapat nak bagi keterangan kena tangguh pada satu tarikh lain.
Sebelum ini, Marissa dan Aslam menghadiri mahkamah bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.
The post Mahkamah Tak Dapat Putuskan Status Cerai Rujuk Marissa Dania, Aslam Respon – ‘Maaf Tak Dapat Nak Komen’ first appeared on OHBULAN!.





