30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MAE Dah Masuk 5 Tahun, Jom Celebrate Dengan Pulangan 5% Setahun & Banyak Lagi Ganjaran Best!

    Shopee Sale

    Tak sangka dah 5 tahun MAE bersama kita semua! 

    Aplikasi MAE memudahkan rakyat Malaysia urus duit dengan cara yang lebih mudah dan selamat, berasaskan teknologi perbankan Maybank yang telah dipercayai selama berdekad. Dalam aplikasi ni terdapat MAE Wallet, yang membolehkan pengguna asingkan duit belanja harian daripada simpanan, tapi masih boleh urus semuanya dalam satu tempat.

    Dengan had sehingga RM10,000, MAE Wallet sesuai untuk pelbagai bajet dan dilindungi sistem keselamatan setaraf akaun Maybank, jadi setiap transaksi terjamin selamat.

    Sempena ulang tahun ke-5 ni, MAE nak berikan penghargaan kepada semua pengguna dengan pelbagai ganjaran menarik, daripada pulangan 5% setahun, pulangan tunai, hinggalah diskaun membeli-belah!

    Dapat pulangan 5% setahun, senang sangat!

    Korang boleh nikmati pulangan 5% setahun dengan MAE Wallet sehingga 31 Januari 2026. 

    Caranya mudah saja! Mulai sekarang hingga 30 November 2025, korang perlu pindahkan minimum RM200 dari mana-mana bank atau eWallet lain ke MAE Wallet dalam tempoh deposit (30 Oktober sehingga 30 November 2025), dan masukkan kod ‘MAETurns5’ di ruangan rujukan penerima. 

    Kekalkan jumlah yang korang pindahkan dalam MAE Wallet sepanjang tempoh ini untuk menikmati pulangan 5%, cara paling bijak untuk melangkah ke tahun baharu!

    Yang menariknya, MAE Wallet juga patuh Syariah, jadi memang sesuai untuk semua pengguna!

    Tip untuk maksimumkan pulangan korang:

    1. Lakukan pemindahan seawal mungkin untuk nikmati lebih banyak pulangan harian.
    2. Pindahkan amaun maksimum — RM4,999 untuk pengguna biasa atau RM10,000 jika korang memiliki Kad MAE.
    3. Ada lebihan duit nanti? Korang boleh membuat maksimum 3 pemindahan antara 30 Oktober hingga 30 November 2025.
    MENARIK:  ‘Kesihatan Amad Tiada Masalah, Cuma Sebelum Buat Persembahan Mungkin Alami Ketidakselesaan’

    Lebih awal korang mula, lebih tinggi pulangan yang bakal diterima. Pulangan pula akan dikreditkan kepada korang pada bulan berikutnya.

    Nikmati diskaun sehingga RM50 dengan Maybank2u online banking

    Bagi yang gemar membeli-belah dalam talian, MAE turut menawarkan diskaun sehingga RM50 apabila korang membuat pembayaran melalui Maybank2u Online Banking di platform seperti Shopee, TikTok Shop, Lazada, aplikasi/laman web Watsons, aplikasi ZUS COFFEE dan banyak lagi.

    Tawaran ini tersedia pada hari-hari dua digit terpilih atau semasa tempoh jualan khas, selagi stok promosi masih ada. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berjimat lebih sempena musim jualan akan datang!

    Dapatkan pulangan tunai sehingga RM15 dengan Scan & Pay

    Korang juga boleh nikmati pulangan tunai sehingga RM15 apabila korang membuat 5 transaksi QR (minimum RM15 setiap satu) menggunakan MAE.

    Untuk menyertai, tekan ‘Join Now’ pada bahagian Tap, Track, Win di dalam aplikasi MAE korang dan lengkapkan transaksi seperti biasa.

    Maybank

    Promosi ini berlangsung mulai 1 November hingga 31 Disember 2025, jadi ini masa terbaik untuk berbelanja sambil menikmati pulangan tunai sebenar.

    Raikan bersama MAE hari ini!

    Jika korang bukan pengguna Maybank, muat turun aplikasi MAE sekarang dan daftar MAE Wallet untuk mula menikmati promosi ‘MAE Turns 5’ ini juga!

    Untuk maklumat lanjut, layari 👉 maybank.my/MAETurns5

    Tertakluk pada Terma dan Syarat.

    The post MAE Dah Masuk 5 Tahun, Jom Celebrate Dengan Pulangan 5% Setahun & Banyak Lagi Ganjaran Best! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah