27 C
Kuala Lumpur
Friday, October 10, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Madam Mariyah Tak Suka Dipanggil ‘Mak Cik Kemboja’ – ‘Saya Tak Tua Lagi’

    Shopee Sale

    Usahawan, Madam Mariyah mengakui kurang senang apabila segelintir pihak memanggilnya dengan gelaran Makcik Kemboja.

    Artikel Berkaitan: Madam Mariyah Nasihat Isteri Wajib Jaga Penampilan – ‘Bangun Tidur Kena Cantik, Tak Cantik Jangan Bangun’

    Tukar panggilan

    Madam Mariyah, berkata, panggilan tersebut tidak sesuai dengan dirinya dan berharap orang ramai menghormati pilihan untuk dikenali dengan nama sebenar.

    Usahawan berusia 50 tahun itu merasakan umurnya belum terlalu tua untuk dipanggil ‘makcik’, malah menyifatkan gelaran itu agak sensitif buat dirinya.

    Saya macam makcik ke? Saya bukan makcik, saya tak tua lagi. Umur sekadar angka. Tak mahu dipanggil Makcik Kemboja, panggil saya Madam Mariyah.

    Secara peribadi, saya lebih selesa dikenali sebagai Madam Mariyah, kerana itu nama yang digunakan oleh pengikut di TikTok.

    Walaupun panggilan Makcik Kemboja terasa sensitif, saya belajar untuk terima kerana orang bebas berkata apa sahaja.

    Pada sayang, apa yang penting adalah bagaimana kita bangkit dan jadi lebih baik, bukan bagaimana orang melabel kita.

    Madam Mariyah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran jenama AURAMARIA yang berlangsung di Johor, baru-baru ini.

    MENARIK:  Liyana Jasmay Terkejut Tahap Bacaan Kolesterol Tinggi, Sangka Amal Pemakanan Sihat – ‘Saya Sangat Takut’

    Sebelum ini, Madam Mariyah mendapat jolokan Makcik Kemboja susulan kontroversi yang tercetus apabila secara tidak sengaja melabelkan orang Melayu sebagai pemalas.

    Namun, usahawan itu kini memilih untuk lebih positif dan enggan terus dibayangi kisah silam, sebaliknya mahu terus fokus mengembangkan perniagaan.

    Pada awalnya, memang memberi tekanan kerana ketika itu saya sedang melalui fasa yang sangat gelap. Lebih berat lagi apabila secara tidak langsung anak saya yang masih belajar turut terheret dalam kontroversi tersebut.

    Saya sedar ada khilaf dan sudah memohon maaf dengan hati yang ikhlas. Apa yang penting, saya berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan lalu. Sekarang, saya pilih untuk teruskan kehidupan dan menjadi insan yang lebih baik.

    The post Madam Mariyah Tak Suka Dipanggil ‘Mak Cik Kemboja’ – ‘Saya Tak Tua Lagi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah