25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Luqman Faiz Kongsi Video Buat Rawatan Islam Akibat Alami Gangguan Mistik – ‘Jauhi Sikap Hasad & Dengki’

    Shopee Sale



    Luqman Faiz

    Penyanyi Luqman Faiz memberitahu dia kini dalam fasa penyembuhan selepas didakwa mengalami gangguan mistik yang mengakibatkan dirinya menderita selama tiga bulan.

    Semakin okay

    Luqman Faiz

    Terharu dengan doa dan keprihatinan peminat, Luqman atau nama lengkap Luqman Abdul Halim Faiz, 25, berkata, dia sudah mendapatkan rawatan perubatan Islam sejak dua bulan lalu.

    Saya okay sahaja semua, alhamdulillah. Sudah dua bulan saya berubat. Marilah kita sama-sama jauhi sikap hasad dan dengki.

    Luqman berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya, pada Khamis.

    MENARIK:  Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Kepuraanmu’ itu turut memuat naik sepotong video pendek memperlihatkan dia sedang membersihkan diri menggunakan air dipercayai merupakan proses perubatan.

    Terdahulu, Luqman mendakwa sering menangis tanpa sebab, rasa diperhatikan ketika tidur dan mudah tertekan akibat gangguan mistik dialami.

    Menderita selama tiga bulan menanggung sakit, Luqman bagaimanapun enggan mendedahkan pelakunya dan bertindak memaafkan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah