27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kakitangan UPSI Ditemukan Meninggal Dunia, Dipercayai Terperangkap Dalam Stor Di Fasiliti Sukan

    Shopee Sale

    Seorang kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditemukan tidak bernyawa selepas dipercayai terperangkap dalam sebuah stor berkunci di fasiliti sukan universiti itu, awal pagi Selasa.

    Terperangkap dalam stor

    Foto: Berita Harian/Sinar Harian

    Mangsa yang berusia 53 tahun itu ditemui di dalam stor penyimpanan peralatan pembersihan yang terletak di UPSI Sport Bowl.

    Menurut Sabarodzi Nor Ahmad selaku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, pihaknya dimaklumkan oleh polis mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 1.57 pagi dan diminta membantu membuka stor tersebut.

    Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim digerakkan ke lokasi kira-kira 9 kilometer dan tiba pada jam 2.07 pagi.

    Setibanya di lokasi, pintu stor telah pun dibuka oleh polis bantuan UPSI. Anggota bomba kemudian menjalankan operasi pemantauan di lokasi.

    Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis.

    MENARIK:  Tepati Ramalan! Melisha Lin Dinobat Sebagai Miss Grand Malaysia 2024, Siap Raih 7 Anugerah Lain

    Operasi tersebut melibatkan sembilan anggota bomba bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta unit Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS).

    Sumber: Berita Harian

    The post Kakitangan UPSI Ditemukan Meninggal Dunia, Dipercayai Terperangkap Dalam Stor Di Fasiliti Sukan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah