Seorang individu memuji personaliti media sosial, Kasih Iris Leona kerana menawarkan gaji yang berbaloi dan setimpal kepada pekerja separuh masa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Leona Serius Mahu Kahwin Tapi Kecewa Dengan Sikap Lelaki – ‘Kalau Tak Dating Macam Mana Saya Nak Jumpa Jodoh?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azhar Sulaiman ‘Renovate’ Bilik Leona Buat Netizen Cemburu – ‘Bestnya Ayah Arkitek, Boleh Minta Je’
Gaji berbaloi
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut mengulang ciap perkongsian Leona yang sedang mencari pekerja separuh masa dengan gaji sebanyak RM180 sehari untuk 12 jam bekerja.
Menurut individu itu, bayaran tersebut dilihat berpatutan susulan sebelum ini ramai majikan menawarkan bayaran yang sangat rendah.
Sebenarnya boleh je letak gaji lebih RM120 untuk bekerja 12 jam. Tapi kenapa banyak booth yang tawarkan RM100 untuk part time?
Sudahlah suruh kejar KPI. Paling teruk ada yang tawar RM80 sahaja, tak hairanlah ramai warga asing kerja booth pastu cakap orang lokal memilih kerja.
Justeru, individu itu amat menghargai keprihatinan Leona terhadap gaji yang ditawarkan kerana bersesuaian dengan bebanan kerja serta masa.
Terima kasih Leona, tunjukkan harga komitmen, tenaga dan masa yang sebenar.
Semoga berjaya selalu!
Komen netizen



Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet meluahkan rasa kesal dengan segelintir majikan yang didakwa mengambil kesempatan terhadap pekerja dengan memberikan gaji terlalu rendah.
Sumber: Threads
The post Leona Dipuji Tawar Gaji RM180 Sehari Untuk Pekerja ‘Part Time’ – ‘Terima Kasih Tunjuk Harga Komitmen’ first appeared on OHBULAN!.





