Bersempena sambutan Aidiladha, media sosial dipenuhi dengan video memaparkan lembu yang mahu disembelih bagi ibadah korban dilihat mengalirkan air mata sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Artikel Berkaitan: Fattah Amin & Amira Othman Sertai Ibadah Korban, Netizen Terharu Nama Fatima Ada Sekali
Lembu menangis

Ada segelintir yang beranggapan haiwan tersebut sedang bersedih kerana bakal dikorbankan, malah tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan emosi dan perasaan takut yang dialami haiwan berkenaan.
Bagaimanapun, seorang individu tampil menjelaskan situasi tersebut dari sudut sains dan fisiologi haiwan, sekali gus menepis tanggapan bahawa lembu menangis kerana nasib mereka untuk dijadikan korban.
Pernah lihat kan lembu yang mengalirkan air mata saat mahu dikorbankan. Adakah lembu tersebut berasa sedih kerana mahu dikorbankan?
Ada tiga sebab kenapa lembu mengalirkan air mata saat mahu dikorbankan. Pertama, lembu dan haiwan berkaki empat yang lain seperti unta dan kambing memiliki kelenjar air mata sama seperti manusia.
Menurut individu itu lagi, air mata yang keluar sebenarnya berfungsi sebagai mekanisme perlindungan semula jadi bagi membersihkan mata daripada habuk atau kotoran yang masuk ke bahagian bebola mata.
Saat lembu terdedah kotoran atau debu, maka kelenjar air mata akan membasahi bebola mata untuk melakukan perlindungan.
Kedua, lembu yang ingin dijadikan korban sering kali diangkut dari satu kawasan jauh ke satu kawasan lain. Keadaan itu menyebabkan mata haiwan tersebut terdedah kepada debu dan kotoran.
Ketiga, saat mahu dikorbankan, kelenjar air mata lembu akan bekerja dan mengeluarkan air secara automatik seolah sedang menangis.
Ini adalah mekanisme pertahanan lembu untuk hilangkan kotoran dari bola mata, bukan ungkapan rasa sedih. Allahualam.
Penjelasan tersebut kemudian mendapat perhatian ramai yang mengakui sebelum ini mereka menyangka haiwan korban menangis kerana sedih atau takut sebelum disembelih.
Sumber: TikTok
The post Lembu Menangis Sebelum Korban Buat Ramai Sebak, Ini Penjelasan Saintifik Yang Ramai Tak Tahu first appeared on OHBULAN!.





