32.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Lelaki Yang Belikan Isteri Baju Raya Ketat & Dedah Aurat, Kau Suami Dayus’ – Isa Khan

    Shopee Sale

    Pelakon, Isa Khan menegur pemakaian segelintir wanita yang dilihat tidak menepati syariat Islam pada musim perayaan Aidilfitri.

    Artikel Berkaitan: Hantaran Isa Khan Cetus Tanda Tanya, Netizen Dakwa Rumah Tangga Dengan Risteena Berakhir?

    Pakaian ketat

    Menerusi satu hantaran di Threads, Isa, 32, meluahkan pandangan terhadap sikap segelintir para suami yang didakwa membiarkan pasangan mereka mengenakan pakaian yang terlalu ketat atau mendedahkan aurat.

    Kepada lelaki yang beli baju raya untuk isteri, baju pula jenis ketat dan mendedahkan aurat.

    Lepastu kau suruh dia pakai, bergambar sekali dan upload dekat social media.

    Kau dayus bro, suami dayus confirm 100% tak cium bau syurga.

    Bagaimanapun, perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya.

    MENARIK:  Diana Danielle Puas Hati ‘Abang Bas’ Buat Konten ‘Crush’ Budak Sekolah Kena Tahan Polis

    Ada yang berpendapat kenyataan tersebut terlalu keras dan menganggap Isa tidak sepatutnya mencampuri urusan peribadi orang lain.

    Namun, tidak kurang juga yang bersetuju dengan pandangan pelakon itu dan menyifatkan teguran tersebut sebagai satu nasihat yang baik, khususnya dalam mengingatkan soal aurat dan tanggungjawab.

    Sumber: Threads

    The post ‘Lelaki Yang Belikan Isteri Baju Raya Ketat & Dedah Aurat, Kau Suami Dayus’ – Isa Khan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah