27.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lee Zi Jia Kongsi Foto Ilustrasi Aneh & Tukar Gambar IG Jadi Hitam, Netizen Mula Risau – ‘Kemurungan Ke?’

    Shopee Sale

    Perkongsian terbaharu di Instagram milik pemain badminton perseorangan negara, Lee Zi Jia menimbulkan tanda tanya apabila dia memuat naik beberapa foto ilustrasi aneh.

    Artikel Berkaitan: Logo Jalur Gemilang Dipasang Terbalik Di Baju Lee Zi Jia, Penaja Tampil Mohon Maaf – ‘Kami Tidak Sengaja’

    Artikel Berkaitan: Lee Zii Jia Mohon Maaf Tewas Awal Di Kejohanan Daihatsu Japan Open 2024 – ‘Fizikal Saya Masih Lemah Baru Pulang Olimpik’

    Kenapa dengan Zi Jia?

    Menerusi hantaran itu, antara foto ilustrasi yang dikongsikan Zi Jia adalah gambar wajah terbakar, muka yang dicucuk jarum dan jasad individu terbaring di atas sofa dengan darah mengalir.

    Antara foto lain, suasana sekeliling yang gelap, sosok lembaga berwarna hitam dan foto seakan minda seseorang yang kosong.

    MENARIK:  Pertanyaan: Kehilangan Raya? Keluarga Danish Tidak Beraya?

    Begitu pun, pemain berusia 27 tahun itu tidak meletakkan sebarang kapsyen pada perkongsian berkenaan.

    Lebih mencurigakan apabila ‘display picture’ atau DP Instagram Zi Jia juga digantikan dengan foto berwarna hitam.

    Tindakan Zi Jia berkongsi gambar berkenaan menimbulkan kerisauan dalam kalangan peminat dan wargamaya.

    Imej-imej tersebut seolah-olah menyampaikan mesej tersirat yang hanya difahami oleh si empunya diri.

    Menjengah ke ruangan balas, segelintir wargamaya mendakwa Zi Jia sedang mengalami masalah kemurungan.

    Susulan itu, netizen meninggalkan komen berbentuk kata-kata semangat dan memberi sokongan moral kepada anak kelahiran Kedah itu.

    Sumber: Instagram

    The post Lee Zi Jia Kongsi Foto Ilustrasi Aneh & Tukar Gambar IG Jadi Hitam, Netizen Mula Risau – ‘Kemurungan Ke?’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah