
Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli memuji sifat pelakon Emma Maembong yang tidak pernah berubah walaupun sudah lapan tahun saling mengenali.
Kawan baik

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Iqbal dilihat memuat naik beberapa foto bersama Emma yang mengenakan pakaian berwarna merah hati.
Ujarnya, Emma seorang rakan yang sentiasa ingin melihat orang sekelilingnya berjaya.
Tanpa sedar, sudah 8 tahun saya berkawan dengan Emma.
Orang yang sering ingin melihat temannya berjaya dan gembira.
Tiada yang beza, sama saja masih tidak kisah lepak di mamak dengan selipar jepunnya.
Itu yang saya kagum dengan Emma.
Dalam pada itu, Iqbal memohon doa dari orang ramai agar yang baik-baik sahaja buat pelakon berusia 33 tahun itu.
Netizen seloroh jadi ‘matchmaker’




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat berseloroh dengan menjadi ‘match-maker’ untuk Iqbal dan Emma menjalinkan hubungan istimewa.





