TontonUp menawarkan peluang kepada pelanggan untuk menikmati pelbagai manfaat gaya hidup moden, merangkumi tawaran F&B, baucar beli-belah, serta tiket konsert dan acara eksklusif.
Artikel Berkaitan: Berani Tonton, Berani Tidur? Bulan Oktober Dah Habis, Tapi Misteri Masih Hidup Di Tonton!
Artikel Berkaitan: Tonton Bawakan Kembali Koleksi ‘Filem Lejen Kita’ Sempena Cuti Panjang Hari Malaysia!
Ganjaran menanti anda!

Tonton Rewards memperkenalkan cara baharu untuk menikmati hiburan dan gaya hidup eksklusif untuk pelanggan TontonUp.
Setiap langganan disertakan dengan pelbagai diskaun menarik, baucar istimewa, serta akses ke acara eksklusif sekali gus menjadikan setiap tontonan lebih berbaloi daripada sebelumnya.
Kini, Tonton bukan sekadar platform hiburan, tetapi sebuah pengalaman gaya hidup penuh ganjaran yang menanti anda.
Antara ganjaran menarik yang sedang menanti pelanggan TontonUp ketika ini termasuk:
1. Baskin Robbins – Diskaun RM10
Langgan TontonUp dan dapatkan diskaun RM10 untuk setiap hidangan aiskrim kegemaran anda di Baskin Robbins!
2. Wowshop – Baucar RM5 & RM10
Rasai pengalaman beli-belah yang lebih berbaloi dengan Wowshop dengan menggunakan Tonton Rewards. Pelanggan TontonUp kini boleh dapatkan potongan RM5 untuk pembelian RM59 ke atas langganan satu bulan atau potongan RM10 bagi pembelian RM99 ke atas langganan tiga bulan.
3. Pizza Hut – Baucar RM20
Langgan TontonUp selama tiga bulan dan nikmati potongan RM10 x 2 untuk sebarang pesanan Pizza Hut!
4. Watsons – Baucar RM108
Langgan Tonton selama satu tahun dan dapat RM108 baucar di Watsons.
5. Akses eksklusif ke konsert dan acara istimewa
Langgan Tonton selama 1 bulan untuk tebus tiket Lah Lah Land bernilai RM30 (1 & 2 November 2025 di MIECC) atau langgan 12 bulan untuk tebus tiket Samsons Live in Malaysia bernilai RM154 (9 November 2025). Tiket terhad, jadi siapa cepat dia dapat!
Nikmati pelbagai tawaran baharu setiap bulan daripada diskaun F&B hingga tiket konsert dan acara eksklusif. Kekal melanggan TontonUp untuk terus menikmati ganjaran tanpa had bersama Tonton Rewards!
Dapatkan maklumat terkini tentang perkhidmatan serta penambahbaikan melalui akaun rasmi media sosial di Facebook, Instagram, X, TikTok @tontonmy.
The post Langgan ‘TontonUp’, Raih Ganjaran Hebat Setiap Bulan! first appeared on OHBULAN!.





