Bekas ratu gimnastik negara, Farah Ann menyimpan hasrat untuk mengembangkan kariernya dengan memasuki bidang lakonan selepas tiga tahun bersara daripada dunia sukan.
Artikel Berkaitan: Tweet Izara Aishah Bila Farah Ann Berdiri Sebelah Atlet Israel Tarik Perhatian, Pengulas Pun ‘Palau’
Artikel Berkaitan: Pernah Alami Kecederaan Serius, Filem Pendek Ini Papar Kebangkitan Farah Ann, Ratu Gimnas Negara!
Minat berlakon

Ketika ditemui , Farah mendedahkan dirinya aktif dalam bidang teater dan drama ketika di bangku sekolah.
Ujar Farah, dia berharap untuk membawa watak aksi jika menerima mana-mana tawaran berlakon.
Masa sekolah dulu saya selalu masuk teater dan drama, sampai ada yang cakap kalau saya bukan atlet, mungkin saya seorang pelakon.
Saya harap masih ada peluang itu.
Saya suka watak aksi dan masih boleh melompat lagi. Tapi buat masa ini saya nak cuba pelbagai watak. Apa yang penting saya boleh menjiwai watak itu dengan baik.
Farah berkata demikian ketika ditemui pada malam tayangan perdana Generasi Perfect 10 yang berlangsung di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kelas lakonan

Berkongsi lebih lanjut, Farah turut melibatkan diri dalam kelas lakonan sebagai persediaan memasuki industri seni.
Saya harap ada tawaran berlakon pada masa akan datang sebab saya memang nak ceburi bidang ini.
Saya sudah mula masuk kelas lakonan dan cuba untuk perkenalkan diri dalam industri ini.
Sekadar info, Farah mengumumkan dirinya bersara daripada dunia gimnastik pada tahun 2022 selepas dua dekad mewakili negara.
Sepanjang kariernya, Farah merupakan wakil Malaysia yang layak beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Selain itu, Farah juga antara gimnas paling berjaya di Sukan SEA dengan kutipan 7 pingat emas di Singapura (2015), Kuala Lumpur (2017) dan Manila (2019).
The post Farah Ann Masuk Kelas Lakonan, Terbuka Cuba Pelbagai Watak – ‘Harap Masih Ada Peluang’ first appeared on OHBULAN!.





