29.7 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lagu Anta Permana Tersenarai Dalam Pilihan Peribadi Raja Charles III, Ini Respon Siti Nurhaliza

    Shopee Sale



    Lagu Anta Permana, nyanyian biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan tersenarai menjadi salah satu lagu pilihan peribadi Raja Charles III.

    Tersenarai bersama artis hebat

    Difahamkan, lagu itu menjadi sebahagian daripada program The King’s Music Room di Apple Music yang menampilkan lagu dari negara-negara Komanwel.

    Memetik US Magazine, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin tersenarai menjadi artis muzik kegemaran Raja Charles III bersama Bob Marley, Kylie Minogue dan Grace Jones.

    Sepanjang hidup saya, muzik sangat bermakna kepada saya. Saya tahu itu juga berlaku untuk ramai yang lain.

    Ia mempunyai kebolehan yang luar biasa untuk mengembalikan kenangan yang menggembirakan dari lubuk ingatan kita paling dalam, menghiburkan di saat kesedihan, dan membawa kita ke tempat yang jauh.

    Siti bersyukur

    Sementara itu, menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Siti turut mengambil peluang meluahkan perasaannya selepas mengetahui lagunya mendapat tempat dalam seleksi peribadi Raja Britain.

    Saya sangat diberkati dan sangat bersyukur.

    MENARIK:  Bukan Sekadar Beri Aroma Dalam Masakan, Ini Manfaat Kesihatan Serai Yang Ramai Tidak Tahu

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah