31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kurangkan Penggunaan Media Sosial, Lebih Berinteraksi dengan Orang Terdekat – Aiman Hakim Mengalami Frustrasi Berita Palsu Tentang Kematiannya

    Shopee Sale



    Tak ada angin, tak ada ribut tular satu berita dimuat naik di Facebook melaporkan pelakon tampan, Aiman Hakim Ridza sudah pun meninggal dunia. Biar betul?

    Aiman masih hidup!

    Terbaharu, Aiman atau nama sebenarnya Aiman Hakim Ridza Abdoh menegaskan bahawa dirinya belum meninggal dunia dan masih lagi bernyawa.

    Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram (IG), Aiman turut meluahkan rasa kesalnya terhadap penularan berita palsu tersebut sambil menyifatkan berita tersebut sengaja dikeluarkan individu tidak bertanggungjawab bagi mengaut keuntungan.

    Ada orang DM pasal benda ini, kita ambil iktibar dari sudut positif. Pertama sekali, saya hidup lagi.

    Keduanya, sosial media ini memang macam ini, lagi banyak korang habiskan masa di media sosial, lagi banyaklah orang lain yang ada untung.

    Dalam pada itu, menerusi hantaran lain, suami kepada pelakon Zahirah Macwilson ini menitipkan pesan kepada pengikutnya untuk kurang meluangkan masa bermain media sosial.

    Menurut Aiman, setiap individu itu perlu memperbanyakkan interaksi bersama orang sekeliling supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan sebarang perkara yang tidak berfaedah.

    Samalah juga dekat mana-mana pun, akan ada orang yang nak ambil kesempatan.

    Lagi lama korang layan media sosial, lagi banyak benda merapu (mengarut) akan keluar.

    Kesimpulan di sini, kurangkanlah bermain media sosia. Berboraklah dengan orang terdekat.

    Sekadar info, berita palsu mengenai kematian selebriti tempatan dilihat semakin kerap tersebar sehingga membuatkan ramai yang mula terdepaya dengan berita tersebut.

    MENARIK:  Kulit Glowing Ala K-Drama? Ini Rahsia K-Beauty Yang Korang Boleh Cuba Sekarang Di guardian

    Difahamkan, berita palsu tersebut dibuat bagi mengaut keuntungan secara mudah dan orang ramai dinasihatkan untuk melakukan ‘research’ terhadap mana-mana berita yang tular di media sosial terlebih dahulu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah