Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee dan isteri, Nur Iliyaa Jasmina Roslan selamat menimang cahaya mata perempuan mereka pada Jumaat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aqil Zulkiflee Umum Isteri Hamil Lima Bulan, Dapat Tahu Ketika Bercuti Di Dubai – ‘Baby Skydiving La Ni’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aqil Zulkiflee Terkejut Terima Hadiah Duit Dari Peminat Cilik – ‘Sila DM, Saya Nak Pulangkan Semula’
Tahniah!
View this post on Instagram
Berita gembira itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram yang memaparkan momen Aqil sedang mendukung bayi perempuannya yang seberat 2.4 kilogram.
Alhamdulillah terima kasih semua yang doakan. Harini 12/9/2025 baby girl kita selamat dilahirkan berat 2.4kg. Aqil dah jadi papa, Iliya dah jadi mama
Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet yang tidak putus-putus menitipkan ucapan tahniah serta doa buat keluarga kecil itu.
Rata-rata peminat dan pengikut mendoakan agar ibu dan bayi sentiasa sihat serta membesar dengan penuh kasih sayang.
Sumber: Instagram Aqil Zulkiflee
The post [VIDEO] Aqil Zulkiflee & Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan – ‘Alhamdulillah, Kami Dah Jadi Mama & Papa’ first appeared on OHBULAN!.



(@aqilzulkiflee)

