30 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Thank You To My Ex, Berikan Inspirasi & Idea Untuk Saya Menulis Lagu’ – Aina Abdul

    Shopee Sale



    Aina Abdul

    Penyanyi dan komposer, Aina Abdul mengakui kebanyakkan karya yang dihasilkan diinspirasi dari kisah silamnya yang gagal dalam percintaan.

    Idea hasilkan karya

    Aina Abdul

    Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani, 31, mengucapkan terima kasih kepada bekas teman lelaki kerana meninggalkan parut di hati dan membuatkannya mempunyai idea menghasilkan lagu.

    Kalau dengar lagu-lagu saya semua sendu (sedih), ia luahan hati. Memang agak pelik, tetapi kisah silam dan pengalaman cinta terdahulu yang buatkan saya boleh menulis lagu.

    Betul kata Ariana Grande, ‘thank you to my ex’ (terima kasih bekas kekasih). Sama seperti saya, kalau tidak berlaku kejadian gagal bercinta sebelum ini, mungkin saya tiada isi atau idea untuk menulis lagu.

    Kalau dalam keadaan gembira, idea untuk menulis lagu itu tidak akan keluar. Mungkin akan jadi lagu berbentuk motivasi sahaja.

    Aina berkongsi mengenai perkara itu menerusi saluran podcast Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di YouTube rasmi Berita Harian Online.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Terus Hidup ini berkata, dia percaya kebanyakkan pemuzik termasuk dirinya tidak lari daripada berdepan masalah depresi.

    Saya seorang yang sangat complicated, saya akui tidak bagus dalam percintaan. Boleh dikatakan pemuzik adalah orang ada masalah depresi.

    Perkara itu adalah sesuatu yang tidak boleh dielak. Mungkin agak gila untuk dikatakan, tetapi saya sebagai pemuzik, suka apabila dipresi. Baru dapat roh itu.

    Kalau berborak dengan mana-mana pemuzik, mungkin mereka akan cakap benda sama, we love to be depressed.

    Sekadar info, Aina berjaya tercalon dalam Top 20 ABPBH 36 menerusi dua kategori iaitu Penyanyi Wanita Popular dan Lagu Paling Boom Popular. Untuk mengundi klik di sini.

    MENARIK:  Syafiq Yusof Akui ‘Blood Brothers’ Filem Aksi Paling Susah Dihasilkan, Mahu Bersaing Di Peringkat Antarabangsa

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah