29.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kongsi Video Bersama, Netizen Baru Tahu Rupanya Ezra Kairo Anak Datuk Zarinah – ‘Nampak Muda, Macam Kakak Dengan Adik Je’

    Shopee Sale



    Ibu kepada penyanyi Ezra Kairo yaitu Datuk Zarinah berkongsi momen dimana dia bertemu dengan anak lelakinya itu di sebuah acara, baru-baru ini.

    Momen ibu dengan anak

    " data-video-id="7466148002181205255">
    @zarinnah99? original sound – Ezra Kairo

    Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Zarinah dilihat menghampiri dan menyapa Ezra sebelum mengajak anak lelakinya itu bergambar. Walaupun Ezra melayan ibunya dengan baik, dia kelihatan sedikit tergesa-gesa kerana kesibukan jadualnya.

    Lebih mencuit hati, penyanyi yang semakin meningkat popular itu sempat meminta ibunya pulang ke rumah sebelum tertawa kecil.

    Dalam kapsyen video tersebut, Zarinah mengakui bahawa sebagai seorang ibu, dia berdepan kesukaran untuk meluangkan masa bersama anaknya yang kini sibuk dengan kerjaya seni.

    Nak bergambar dengan anak sendiri pun susah, go home go home

    Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, yang rata-ratanya turut terkejut selepas mengetahui ibu kandung Ezra merupakan seorang yang berstatus Datuk.

    MENARIK:  [VIDEO] Yusof Haslam Kongsi Asam Garam Perkahwinan – ‘Tak Boleh Gunakan Platform Sebagai Artis Popular Untuk Ambil Kesempatan’

    Dalam masa yang sama, ramai memuji hubungan baik antara ibu dan Ezra serta berharap pelantun lagu Alahai ini tetap meluangkan masa bersama ibunya walaupun sibuk dengan dunia hiburan.

    Nampak muda mak Ezra

    Disuruh maknya balik

    Mak dengan anak ke? Macam kakak dengan adik je

    Lah baru tahu Ezra ni anak Datuk Zarinah

    Datuk Zarinah ni tauke katering

    Ezra hormat mummy dia, bagus


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah