31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kmy Kmo Sebak Ketika Imamkan Solat Jenazah Bapa – ‘Kerana Allah, Semuanya Jadi Tenang’

    Shopee Sale

    Penyanyi rap, Kmy Kmo berkongsi pengalaman menyentuh hati ketika mengimamkan solat jenazah Allahyarham bapanya yang meninggal dunia pada bulan lalu.

    Artikel Berkaitan: ‘Abah Bergantung Pada Mesin’ – Kmy Kmo Kongsi Keadaan Bapa, Adik-Beradik Bergilir Jaga Di Hospital

    Artikel Berkaitan: Kenapa Artis Malaysia Kini Semakin Berani Angkat Budaya Nusantara? Ini Jawapan Kmy Kmo & Luca Sickta

    Imamkan solat jenazah bapa

    Menerusi perkongsian di Threads, Kmy Kmo atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim mengakui dirinya turut berasa sebak ketika mengimamkan solat jenazah insan tersayang.

    Bagaimanapun, dia bersyukur apabila Allah SWT mengurniakan ketenangan dan kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut meskipun hatinya sedang bersedih.

    Teringat sewaktu saya sendiri imamkan solat jenazah arwah Abah bulan lepas, nak ikutkan kelemahan yang ada pada seorang manusia yang bergelar hamba, lutut pun rasa longlai, hati terasa padat, mata sentiasa bergelinang.

    Tapi asbab Allah Yang Maha Esa, semuanya menjadi tenang, bersemangat dan kusyuk demi insan tercinta yg terbaring di hadapan kita.

    Saya juga mendoakan semua anak-anak lelaki khususnya generasi-generasi baru lebih ramai berbakti hingga ke akhir hayat ibu ayah masing-masing. Allahumma Aminn.

    Sekadar info, bapa kepada Kmy Kmo, Mohamed Azmaili Ismail, meninggal dunia pada 23 Oktober lalu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Bila Sentuh Agama, Ia Sangat Menyakitkan’ – PU Riz Bersuara Isu Penuntut Universiti Pijak Al-Quran

    Allahyarham difahamkan meninggal dunia akibat serangan jantung kronik serta komplikasi kesihatan selepas menjalani rawatan dialisis selama hampir 23 tahun.

    Sumber: Threads

    The post Kmy Kmo Sebak Ketika Imamkan Solat Jenazah Bapa – ‘Kerana Allah, Semuanya Jadi Tenang’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah