26.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kieran Buat ‘Comeback’ Bersama Kool 101 – ‘Saya Teruja’

    Shopee Sale

    Penyampai radio terkenal, Kieran kini kembali ke arena radar penyiaran radio selepas diumumkan sebagai penyampai baharu bagi stesen radio Kool 101.

    Artikel Berkaitan: Pak Nil, Jamal Jamaluddin & Hazeman Huzir Wajah Baharu Kool 101

    Kieran teruja

    View this post on Instagram

    A post shared by kool101my (@kool101my)

    Menurut Kieran atau nama sebenarnya Maskiran Jakiran, dia berasa begitu teruja untuk kembali ke industri penyiaran radio selepas hampir 10 tahun meninggalkan arena tersebut.

    Ujarnya, dia mahu memberikan inspirasi dengan berkongsi kisah hidupnya kepada para pendengar.

    Kembalinya saya ke radio bukan sekadar untuk melepaskan rindu ke udara selepas hampir 10 tahun.

    Saya ingin bersama pendengar Kool 101 berkongsi kisah hidup saya dan juga menjadi telinga yang mendengar cerita mereka. 

    Kita bersama-sama mengharungi kepayahan hidup bersama-sama.

    Sementara itu, Ketua Kandungan Radio Kool 101 iaitu Ainul Farhana berpendapat kehadiran Kieran dapat memberi dimensi baharu kepada stesen radio berkenaan.

    Kehadiran Kieran bukan sahaja menyegarkan konti Kool 101, malah memberi dimensi baharu kepada radio.

    Kami percaya suara beliau akan memberi kekuatan bukan sahaja kepada pesakit kanser, tetapi kepada semua yang sedang bertarung dengan hidup.

    Kieran di Kool 101

    View this post on Instagram

    A post shared by kool101my (@kool101my)

    Selepas hampir 10 tahun, Kieran bakal kembali menerusi segmen ‘Kieran on Kool 101’ yang akan ke udara pada setiap hari Rabu, jam 10:00 pagi hingga jam 11:00 pagi.

    MENARIK:  Tiket Konsert ‘BTS World Tour Arirang’ Di KL Mula Dijual 3 Jun, Harga Serendah RM338

    Setiap minggu, Kieran akan berkongsi kisah peribadinya sebagai pejuang kanser termasuk cabaran, pemulihan dan momen yang memberi kekuatan.

    Sebagai seorang pejuang dan ‘survivor’ kanser, Kieran bukan sahaja sekadar untuk menghiburkan malah membantu memberi kekuatan, inspirasi dan harapan kepada pendengarnya dengan menampilkan tetamu seperti pesakit, penjaga dan pakar yang berkongsi pengalaman mereka, di samping membuka ruang kepada pendengar untuk berkongsi cerita, bertanya soalan dan memberikan sokongan.

    The post Kieran Buat ‘Comeback’ Bersama Kool 101 – ‘Saya Teruja’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah