Asam keping berfungsi menambah rasa masam serta menghilangkan bau hanyir dalam masakan, di samping mempunyai pelbagai manfaat kesihatan untuk tubuh badan.
Artikel Berkaitan: Kenapa Tekak Selalu Berkahak? Ini Punca & Solusi Terbaik Untuk Anda
Artikel Berkaitan: Manfaat Bermain Alat Muzik Untuk Lelaki Warga Emas, Bantu Lawan Demensia
Baik untuk jantung & kencing manis

Buah ini menyokong kesihatan tubuh secara menyeluruh, termasuk kesihatan jantung serta pengurusan berat badan dan penyakit metabolik.
Salah satu kelebihan asam keping ialah kemampuannya dalam melindungi kesihatan jantung.
Pengambilannya secara konsisten dapat mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dengan mengekalkan fungsi jantung yang sihat.
Selain itu, air rebusan asam keping juga berperanan sebagai penawar semula jadi ketika demam, ianya dapat menurunkan suhu badan serta mempercepatkan proses pemulihan tubuh.
Buah ini menyokong kesihatan sel dengan menyingkirkan sel rosak serta mengurangkan risiko kanser.
Kandungan asid sitrik dan serat dalam asam keping membantu menurunkan kolesterol jahat, mengawal berat badan, serta mengurangkan komplikasi kegemukan.
Asam keping dipercayai mampu menangani penyakit metabolik seperti kencing manis dengan membersihkan saluran kencing secara semula jadi tanpa kesan sampingan berbahaya.
Di samping itu, asam keping juga berfungsi sebagai perangsang selera makan, membantu kanak-kanak dan individu yang kurang nafsu makan mendapatkan nutrisi mencukupi.
Buah ini juga dipercayai dapat membantu mengatasi masalah cacing dalam sistem pencernaan, sekaligus melancarkan fungsi usus.
Sumber: Sirap Limau
The post Khasiat Asam Keping, Bantu Kawal Gula Dalam Darah & Rangsang Selera Makan first appeared on OHBULAN!.





