29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kesian Jemaah Yang Datang Awal Ke Masjid, Tapi Tewas Dengan Geng Reserve Kerusi Dekat Saf’ – Alif Satar

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Alif Satar meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir individu yang dilihat mementingkan diri semasa mengunjungi masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Macam Ni Baru Idola Gen Z’ – Alif Satar Puji Hun Haqeem Sertai ‘Ride Subuh’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alif Satar Kongsi Cara Ustaz Uji Bakal Menantu – ‘Bukan Wang Tunai Jadi Cagaran Untuk Anak’

    Teguran Alif

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, Alif atau nama lengkapnya Muhammad Alif Mohd Satar, berasa kasihan terhadap individu yang datang lebih awal ke masjid namun, tidak dapat berada di saf hadapan.

    Hal tersebut berikutan sikap segelintir individu yang gemar meletakkan kerusi di saf solat, sedangkan mereka tiada di kawasan masjid.

    Kesian jemaah yang datang awal ke masjid, bersemangat nak dengar khutbah tapi tetap tewas dengan geng ‘reserve’ kerusi dekat saf.

    Kerusi dah sampai, tuannya belum lagi.

    Memang bermasalah, kalau saya..segan.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan padangan Alif dan berpendapat budaya seperti itu tidak sepatutnya dijadikan amalan terutama di dalam masjid, selain turut berkongsi pengalaman sama.

    MENARIK:  Raikan Ulang Tahun TV3 Ke-40 Dengan Nostalgia, Inovasi & Keseronokkan

    Sumber: Threads

    The post ‘Kesian Jemaah Yang Datang Awal Ke Masjid, Tapi Tewas Dengan Geng Reserve Kerusi Dekat Saf’ – Alif Satar first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah