23.3 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes Sindiket Pengurusan Wang: Ziana Zain, Jalaluddin Hassan & Sheikh Muszaphar Shukor Hadir Di SPRM Beri Keterangan

    Shopee Sale



    Tiga selebriti tanah air iaitu Ziana Zain, Datuk Jalaluddin Hassan dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor difahamkan tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekitar pukul 9.30 pagi Khamis bagi memberi keterangan berhubung kes sendiket syarikat pengurusan kewangan.

    Beri keterangan

    Ketiga-tiga mereka bagaimanapun dikatakan tidak menggunakan laluan pintu utama di mana tempat pengamal media menunggu sejak awal pagi, sebaliknya menggunakan jalan lain.

    Sementara itu, sumber turut mengesahkan mereka hadir bersama pegawai siasatan untuk memberi keterangan pada hari ini.

    Ketiga-tiga mereka dipanggil bagi membantu siasatan berhubung sendikit syarikat pengurusan kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.

    MENARIK:  ‘Nubhan Seorang Abah Yang Baik’ – Dr Afifah Tak Halang Anak-Anak Bertemu Keluarga Mentua

    Dakwaan terima bayaran

    Siasatan berkenaan dilakukan susulan penahanan sekurang-kurangnya 27 individu termasuk lapan pengarah syarikat dan 18 pegawai bank oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dalam Ops Sky hasil kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM).

    Difahamkan kesemua selebriti terbabit dilaporkan menerima bayaran sekitar RM150,000 hingga RM400,000 daripada syarikat terbabit yang bertindak sebagai duta.

    Lebih mengejutkan apabila hasil siasatan SPRM turut mendapati sindiket itu turut melabur sejumlah wang yang besar bagi penciptaan lagu membabitkan penyanyi tersohor negara.

     

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah