25.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kerja Penat, Kawan & Keluarga Buat Saya Gembira’ – Anna Jobling Jelas Hubungan Rapat Dengan Karel Susanteo

    Shopee Sale

    Pelakon Anna Jobling tampil menjelaskan hubungan rapatnya dengan pelakon dan penyanyi Indonesia, Karel Susanteo.

    Artikel Berkaitan: ‘Pastinya No Bikini Atau Baju Terlalu Seksi’ – Anna Jobling Tolak Babak Panas, Pegang Dengan Prinsip

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Kena Tempias Isu Konten Hilang Di Hutan Indonesia’ – Anna Jobling Beri Nasihat Jaga Nama Baik Malaysia

    ‘Saya ada ramai kawan di Malaysia dan Indonesia’

    Ketika ditemui , Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling, 24, berkata dia sememangnya mempunyai ramai rakan rapat di Malaysia mahupun Indonesia.

    Saya ada ramai kawan di Malaysia dan Indonesia. Tak salah pun nak berkawan. Sebab bila saya pergi Indonesia, saya tak rasa keseorangan.

    Bila ada penggambaran atau acara, saya bertemu dan bertegur dengan ramai orang.

    Anna menjelaskan bahawa hubungan mesranya dengan Karel hanyalah hasil persahabatan yang telah lama dibina.

    Kami rapat dan saya akrab dengan semua kenalan di Indonesia. Kami sudah kenal lama, malah keluarga saling mengenali.

    Saya fikir tidak salah untuk saya berkawan sebab saya layak untuk bahagia. Tidak kisah dengan sesiapa pun sebab kerja ini sangat penat, jadi kawan dan keluarga buat saya gembira.

    Anna berkata demikian ketika ditemui di Majlis Anugerah Melodi Terhangat, baru-baru.

    MENARIK:  [VIDEO] Fazura Pamer Wajah ‘Polos’ Tanpa Solekan, Ramai Jatuh Hati – ‘Sangat Cantik Ciptaan Allah’

    Anna berlakon filem Indonesia

    Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan terbaharunya, Anna berkata dia baru selesai menjayakan penggambaran filem arahan Baim Wong berjudul Sukma di Indonesia.

    Saya berada di Indonesia lebih tiga minggu dan baru balik. Saya akan muncul dengan sebuah lagi filem di sana yang dibintangi Luna Maya, Fedi Nuril dan Christine Hakim.

    Pelakon drama Melur Untuk Firdaus ini juga meluahkan gementar dan dalam masa yang sama bersyukur kerana berpeluang berlakon dengan nama-nama besar dalam industri lakonan di Indonesia.

    Anna juga terharu dengan layanan baik yang diterima sepanjang pengggambaran berlangsung.

    Mereka sangat baik walaupun nama mereka besar. Saya dilayan macam kawan.

    The post ‘Kerja Penat, Kawan & Keluarga Buat Saya Gembira’ – Anna Jobling Jelas Hubungan Rapat Dengan Karel Susanteo first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah