Pelakon dan usahawan, Anzalna Nasir tidak menyangka apabila rezekinya dilipat gandakan selepas menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anzalna Nasir ‘Sound’ Individu Tawar Diri Jadi Madu, Siap Nak Kongsi Resipi – ‘Yang Nak Sangat Suami Saya Kenapa?
Rezeki bantu anak yatim

Menerusi hantaran di platform Threads, Anzalna berkata, dia tidak menyangka niat kecilnya untuk menggembirakan hati kanak-kanak itu berbalas dengan rezeki yang datang secara tiba-tiba pada hari sama.
Tak pasti doa anak yatim yang mana satu Allah makbulkan. Sebenarnya tak banyak pun saya belanja mereka, cuma tanya apa yang mereka teringin nak makan, niatnya cuma nak gembirakan hati mereka.
Tapi Subhanallah, pada hari yang sama juga, Allah bagi rezeki yang tak disangka-sangka pada saya.
Bukan untuk riyak, cuma ingin berkongsi supaya kita semua ingat bahawa setiap kebaikan sekecil apa pun, pasti ada ganjarannya di sisi Allah.
Tambah pelakon drama Memori Cinta Suraya itu, dia percaya dengan hikmah bersedekah dan amalan berbuat baik sesama manusia pasti mendapat rahmat Allah.
Kadang-kadang kita rasa kecil saja bantuan yang kita beri, tapi kesannya besar di sisi Allah. Anak-anak yatim ini insan istimewa, mungkin doa mereka itu yang menjadi sebab Allah luaskan lagi rezeki saya.
Sumber: Threads
The post Anzalna Nasir Peroleh Rezeki Tak Disangka Selepas Belanja Anak Yatim Makan – ‘Bukan Untuk Riak Cuma Ingin Berkongsi’ first appeared on OHBULAN!.





