30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kereta BMW Terlibat Kemalangan Langgar Tayar Lori, Niat Pujuk Ibu Ke Hospital Gagal Terlaksana – Khai Bahar

    Shopee Sale



    Penyanyi terkenal, Khai Bahar terlibat dalam kemalangan semasa perjalanan pulang ke kampung halamannya di Perlis.

    Artikel berkaitan:

    BMW langgar tayar lori

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Khai yang memandu kenderaan jenis BMW terlanggar sebiji tayar lori yang tiba-tiba muncul pada pagi Selasa.

    Menurut pemilik nama Muhammad Khairul, 29, kejadian tersebut berlaku kira-kira pada 5 pagi ketika dia memandu di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menuju ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

    Dalam pada itu, Khai menjelaskan tujuannya pulang ke Perlis adalah untuk menziarahi ibunya yang kurang sihat di samping ingin memujuk ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

    Katanya lagi, dia tidak mengalami sebarang kecederaan malah kenderaan BMW berwarna putih miliknya itu juga sudah dibawa ke bengkel untuk dibaiki. Laporan polis juga sudah dibuat berhubung kejadian tersebut.

    MENARIK:  Zarul Umbrella Dedah Alami Sakit Pinggang – ‘Doktor Minta Saya Perlahankan Aktiviti Fizikal’

     

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah