28.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Keputusan SPM Bukan Penamat, Sebaliknya Hanya Satu Fasa Dalam Perjalanan Hidup’ – Ustazah Asma’ Harun

    Shopee Sale

    Pendakwah selebriti, Ustazah Asma Harun menegaskan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan penentu keseluruhan kehidupan, sebaliknya hanyalah ukuran pada satu fasa dan bukan jaminan masa depan.

    Artikel Berkaitan: ‘No, Jangan Upload!’ – Ustazah Asma’ Harun Tegur Trend Video Joget Dengan Keluarga Di Media Sosial

    Artikel Berkaitan: Ustazah Asma’ Harun Pesan Jangan Buat Lagi Trend ‘Berjoget Ambil Duit Raya’, Jaga Adab & Maruah Diri

    Hanya ukuran untuk satu fasa – Ustazah Asma Harun

    Menerusi hantaran di Threads, Ustazah Asma berpendapat bahawa ramai individu berjaya bukan kerana keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sempurna, tetapi hasil sikap, disiplin, dan usaha berterusan selepas itu.

    SPM bukan penentu keseluruhan kehidupan.

    Ia hanyalah ukuran pada satu fasa, bukan penentu masa depan sepenuhnya.

    Ramai yang berjaya bukan kerana memperoleh keputusan SPM yang cemerlang, tetapi hasil daripada sikap yang betul, disiplin yang tinggi, dan usaha berterusan selepas itu.

    Jadi, janganlah kita menilai atau meletakkan harga diri seorang anak hanya berdasarkan sekeping keputusan peperiksaan.

    Dalam masa sama, Asma turut mengingatkan bahawa sekiranya anak mencapai kejayaan cemerlang, ibu bapa perlu menzahirkan rasa syukur kepada Allah, kerana kejayaan itu adalah nikmat kurniaan-Nya.

    Sentiasa syukur kepada Allah. Setiap kejayaan adalah nikmat daripada-Nya.

    Sentiasa ingatkan bahawa kejayaan itu bukan semata-mata hasil usaha kita atau anak, tetapi kerana izin Allah yang mengurniakannya.

    Raikan kejayaan tersebut dan tunjukkan penghargaan kepada anak dengan cara yang terbaik, walaupun kadangkala seorang ayah mungkin sukar menzahirkan perasaan, agar anak benar-benar merasai dirinya dihargai.

    Katanya lagi, apabila keputusan yang diperoleh di luar jangkaan dan mengecewakan, Asma menekankan bahawa ibu bapa perlu memahami bahawa anak juga sedang menghadapi kesedihan.

    Pada ketika itu, anak-anak lebih memerlukan sokongan, bukan tekanan tambahan yang boleh menambah luka pada hati mereka.

    Kita perlu sedar bahawa anak kita juga sedang bersedih.

    Dia tahu sejauh mana usahanya, dan kini sedang berdepan dengan rasa kecewa.

    Pada saat inilah, anak paling memerlukan sokongan, bukan tekanan tambahan.

    Ibu bapa seharusnya menjadi tempat dia kembali mencari kekuatan, bukan tempat yang menambah luka.

    Hargai usaha anak-anak

    Mengulas lebih lanjut, Asma berpandangan bahawa apabila anak kurang bersungguh-sungguh dalam pelajaran, itulah ujian sebenar bagi ibu bapa.

    Hal ini kerana kemampuan mengawal emosi dan tidak bertindak melulu merupakan kejayaan besar dalam mendidik, selain menegur dengan jelas sambil tetap memberi harapan untuk berubah.

    Keputusan mungkin sudah dijangka dan mengecewakan, namun inilah ujian sebenar bagi ibu bapa.

    Sekiranya kita mampu mengawal emosi dan tidak meluahkan kemarahan secara terburu-buru, itu sendiri merupakan satu kejayaan besar dalam mendidik.

    Tegur anak dengan jelas, tetapi pada masa yang sama beri harapan bahawa dia masih boleh berubah, dan yakinkan dia bahawa kita akan sentiasa berada di sisinya.

    Tambahnya, ibu bapa tidak seharusnya hanya menilai keputusan semata-mata, sebaliknya perlu menghargai proses dan usaha yang telah dilakukan oleh anak.

    Jangan hanya menilai daripada keputusan, tetapi hargai juga prosesnya.

    Kadang-kadang kita terlalu fokus pada keputusan sehingga terlupa melihat usaha yang telah dicurahkan.

    Anak-anak juga perlukan bimbingan, perhatian, dan doa yang berterusan daripada ibu bapa.

    Selain itu, dia turut menzahirkan kebimbangan terhadap sikap segelintir ibu bapa yang masih tidak berpuas hati walaupun anak telah berusaha dan mencapai keputusan cemerlang.

    Satu perkara yang sering kita lihat di media sosial, jangan biarkan anak yang sudah berusaha dan memperoleh keputusan cemerlang, tetapi tidak mencapai ‘Straight A’, pulang dengan rasa tidak dihargai.

    Malah, jika masih dimarahi hanya kerana tidak mencapai target yang terlalu tinggi, ia boleh memberi kesan besar kepada emosi mereka.

    Anak-anak seperti ini sering menjadi yang paling tertekan dan berisiko melakukan tindakan luar jangka yang ibu bapa tidak ingini.

    Sehubungan itu, Asma menegaskan bahawa keputusan SPM bukan penamat, sebaliknya hanyalah satu fasa dalam perjalanan hidup.

    MENARIK:  Sempena Ulang Tahun Ke-60, PKNS Adakan ‘Giveaway’ Hadiah Menarik Termasuk Sebuah Kereta Perodua Bezza!

    Ujarnya lagi, yang lebih penting ialah bagaimana ibu bapa membentuk kekuatan anak untuk bangkit dan terus melangkah ke hadapan.

    Akhirnya, keputusan SPM bukanlah penamat, sebaliknya hanya satu fasa dalam perjalanan hidup.

    Yang lebih penting ialah bagaimana kita sebagai ibu bapa membina kekuatan anak untuk terus bangkit dan melangkah ke hadapan.

    Semoga Allah menenangkan hati kita sebagai ibu bapa, serta hati anak-anak dalam menerima ketentuan-Nya. Apa pun keputusannya, semoga ia menjadi jalan kebaikan untuk masa depan anak-anak dan juga bagi kita sebagai ibu bapa.

    Sumber: Threads

    The post ‘Keputusan SPM Bukan Penamat, Sebaliknya Hanya Satu Fasa Dalam Perjalanan Hidup’ – Ustazah Asma’ Harun first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah