Pendidikan seksual mengikut umur anak merupakan pendekatan penting dalam membentuk pemahaman yang sihat dan bertanggungjawab terhadap tubuh badan, hubungan, serta keselamatan diri.
Artikel Berkaitan: Lufya Omar Bidas Komen Netizen Tuduh Geng Usrah Normalisasi Jenayah Seksual – ‘Jangan Benci Orang Tidak Bersalah’
Artikel Berkaitan: ‘Tangan Dia Atas Riba Saya, Kata Saya Jambu’ – Zaki Yamani Dakwa Pernah Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Pendidikan seksual

Memetik laporan Chanel Muslim, pada usia tiga ke lima tahun, anak semakin mula mengenali tubuh mereka sendiri dan sesuai untuk diajar nama setiap anggota badan serta fungsinya.
Manakala, memasuki usia enam ke sembilan tahun pula anak sudah mula memahami konsep perlindungan diri dengan lebih baik.
Pada tahap ini ibu bapa boleh mengajar anak tentang kepentingan menjaga privasi tubuh, menetapkan batasan diri serta berani menolak sebarang permintaan yang tidak selesa termasuk situasi yang melibatkan pujukan atau ganjaran.
Penting juga untuk menanamkan pemahaman bahawa tubuh badan adalah hak peribadi sendiri, jadi anak-anak berhak menjaga diri serta menentukan batasan terhadap sesiapa sahaja.
Memasuki usia 9 hingga 12 tahun, anak-anak mula menghampiri fasa akil baligh dan pada tahap ini mereka memerlukan penerangan yang lebih jelas tentang perubahan fizikal serta emosi yang mungkin dialami.
Ibu bapa juga penting untuk menjelaskan bahawa setiap individu mengalami perubahan pada waktu dan keadaan yang berbeza supaya anak tidak mudah berasa cemas, malu atau kurang yakin dengan diri sendiri.
Sementara itu, apabila memasuki usia 12 hingga 14 tahun, anak-anak kebiasaannya sudah lebih bersedia untuk memahami perkara yang lebih kompleks.
Pada tahap ini, ibu bapa boleh mula menerangkan tentang sistem reproduksi serta cara ia berfungsi secara terbuka dan mudah difahami.
Perbincangan yang jujur serta komunikasi yang baik juga dapat membantu anak-anak membina pemahaman yang sihat tentang tubuh badan, perubahan diri dan hubungan dengan orang lain.
Pendidikan seksual yang diajar mengikut peringkat usia dapat membantu anak-anak memahami tubuh badan, menjaga batas diri serta membina keyakinan diri dengan cara yang sihat dan selamat.
Sumber: Chanel Muslim
The post Kepentingan Pendidikan Seksual Mengikut Kesesuaian Umur Anak first appeared on OHBULAN!.





