Baru-baru ini hangat diperkatakan tentang kenyataan daripada seorang selebriti dan seorang pempengaruh yang mendakwa bahawa pendidikan di sekolah bukanlah satu elemen yang penting.
Kepentingan ilmu
Sebagai seorang ibu, penyanyi Siti Nordiana sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut dan menganggap bahawa pendidikan harus dikuasai oleh setiap orang bagi menjamin masa depan.
Bagi saya pendidikan penting walau apa sahaja karier kita, sebagai penyanyi sekali pun memang perlu ada ilmu.
Macam mana seseorang itu nak guide jalannya sendiri kalau dia pun tak ada ilmu dalam karier dia?
Justeru itu, sebagai anak seni, Siti Nordiana yang senang disapa Nana berkata dia juga menghadiri ke kelas untuk menguasai ilmu dalam bidang nyanyian.
Saya sendiri sebagai penyanyi perlu ada ilmu tentang vokal, persembahan dan sebagainya untuk kekal dalam industri. Begitu juga dengan pembelajaran dan akademik.
Kita tak semestinya akan sentiasa berada di atas, apabila karier sudah tak okay sekurang-kurangnya kita ada akademik yang akan membantu.
Nana berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun yang berlangsung di restauran Zebra Square, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam pada itu, Nana bersikap tegas terhadap anak tunggalnya, Muhamad Rayyan Nakhaie dalam hal yang melibatkan pendidikan namun tidak pernah halang minat anak lelakinya itu.
Saya kata dekat Rayyan, apa-apa pun akademik sangat penting dan boleh ke mana-mana nanti.
Macam Rayyan sendiri dia memang sekolah kerajaan jadi kalau dia ada matapelajaran yang tak okay, saya akan ambil home tuition. Maknanya kelas tambahan untuk dia.
Ryan suka juga menyanyi tetapi dia tak suka glamor, tapi apa sahaja yang dia minat saya sokong sahaja.
Sementara itu, buat peminat Nana inilah momen terbaik untuk menggamit kenangan bersama Siti Nordiana di Zepp Kuala Lumpur pada 11 Mei.
Pastikan anda mendapatkan dengan harga RM188 (Paling Comel), RM228 (Memori Berkasih), RM308 (Mainan Cinta), RM4888 (VIP Box, 8 pax per box) yang boleh dibeli menerusi atas talian http://www.ticket2u.com.my atau hubungi talian hotline 012 6530 700 (WhatsApp).